Wednesday, February 18, 2015

Berwisata ke Praha: Part 2


Read part 1 HERE

Eceh tetiba tulis dalam bahasa Indonesia plak kan :)
Sorry, dalam entry ni saya belum mahu untuk menulis kejadian di CDG airport
biarlah cerita pasal Prague dahulu

Day 2
Bangun dari tidur awal, macam biasa terjaga bila dengar azan yang saya dah install siap2 sebelum fly ke UK. Cuma ubah tempat jer mengikut ke mana kita pergi. Siap ada kompas kiblat lagi.
Setelah buat apa yang patut, saya sambng tido balik. Terjaga pukul 7.30pg bila room mate Korea
sibuk2 nak pergi toilet. Bila dia balik saya tanya ramai ke kat bathroom? Dia cakap kosong, so 
saya pun terus pergi mandi. Plan ke Prague Castle. Tapi sebelum tu, pergi ke Charles Bridge.




Waktu pagi tenang, tak ramai orang. Boleh layan feeling sambil tengok Vltava River. Puas layan feeling, saya gerak cari tram untuk ke Prague Castle. Tapiiiiiii saya tersalah arah tram. Setiap arah
menuju ke destinasi yang berbeza walaupun nombor sama. Blessing in disguise, tram tu berhenti depan Dancing House which is saya plan utk melawat later.

Statue depan Dancing House

Terkenal kerana bentuk yang unik, siap ada lot office kosong utk disewa

Dari Dancing House saya berpatah balik ke Staromestska dengan tram dan tunggu tram yang betul.
Tiba lah tram nombor 22, ikut iconic route 22


Prague castle terletak atas bukit, nak jalan kaki pun boleh tapi 3km la dari kaki bukit.
Naik tram save tenaga, banyak lagi nak jalan. One thing - naik ke bukit ada tram, nak
turun bukit kena jalan kaki yer. Oh sini pun jadi hal, sepatutnya saya kena berhenti
di stop Praszky Hard, tapi asyik layan pemandangan saya terlepas stop tu. Saya stop kat
one stop ahead. But I didn't blame myself..what for? Dengan sesat, terlepas jalan ni la
saya boleh melalui bangunan2 cantik, jalan2 belakang dan sebagainya.


Jalan-jalan belakang. Kelihatan Petrin Tower disitu

Pintu depan

Pak guard 


St. Vitus  Cathederal



Saya tak masuk pun dalam castle. Nak masuk ada bayaran dikenakan.
Banyak castle kat Europe, saya rancang untuk masuk ke Neuschwanstein Castle di
Jerman. Castle kat Disneyland atau cerita2 Disneyland diambil dari Neuschwanstein
ni la. Cuba google, sama tak. Oh, one more castle saya nak masuk is castle kat Edinburgh,
Scotland. Dah habis melawat jom turun bukit

Turun tangga tangga dulu baru bukit

Tempat kedua saya nak pergi adalah Petrin Tower. Untuk naik ke Petrin kena naik
funicular train (train yg naik bukit). Funicular train kena naik di Ujezd. Tempoh saya
berjalan turun bukit dan merayau untuk cari station Ujezd adalah setengah jam. Sampai di situ
orang sudah ramai beratur untuk naik funicular. Rupanya, coach ada satu je dan naik setiap
15 minit meaning that sejam 4x naik ke atas. Time ni saya bersyukur sangat saya travel alone,
let say partner jenis cepat give up dan ajak blah sudah tentu saya akan menyesal seumur hidup.
Yes seumur hidup sbb takkan nak pergi tempat yang sama 2x, kalau free takpe la. Mekah je tempat
orang yang nak pergi berkali kali. Urusan saya dipermudahkan sebab saya dapat naik yang second trip, ada yang bagi laluan kepada saya..syukur sangat.

Dapat duduk depan sekali, belakang driver :)

About to embark from funicular

Petrin Tower

Kalau peminat2 Zuzka ingat, Zuzka and her ex husband ada daki tower ni
diorang ada letak dlm youtube dulu2. Tapi saya takde keberanian kerana saya
takut ketinggian so I paid extra 60 crown for elevator hahahaa. Entry pun kena bayar
tapi saya dapat half price lepas tunjuk student card.



Spectacular view from top


Keadaan di look out point paling atas

Bila nak turun baru saya tahu elevator tu hanya hantar ke atas je, turun dia
tak bawak. Haaaa sudahhh!!! Saya try jejak kaki ke dua anak tangga dan nampak
luar, terus saya naik atas balik dan termenung buat 5 minit. 

'Macam mana aku nak turun ni, takkan aku nak duduk sini sampai bila bila'

Kuatkan hati dan semangat saya turun perlahan lahan tanpa tengok luar
bukan ada dinding pun nak halang cuma palang palang besi jer. Saya turun super
slow, lantak orang belakang turut slow sekali sbb saya slow ahaha.. Sampai ke bawah
I was like ohhh finally, lihatlah duniaaaa *senyum bangga kat diri sendiri*

Again, nak turun bukit kena berjalan sendiri. Jauh giler ok, jari2 kaki saya dah mula sakit
dicengkam oleh walking boots. Paling terseksa ibu jari, dan jari manis and kelingking kaki. I should
find other walking shoes.
Saya dah berjalan sampai level ni, tengok jauh tak Petrin tower
ini baru half way belum sampai ke bawah lagi
*leleh air mata* hahaha

Dah pukul 2 lebih gitu saya pergi ke New Town untuk cari restaurant halal yang ada nasik
kahkahkah nasi takleh tinggal dan mesejid. Layan gambar new town pulak

Naik metro berhenti di station Mustek

Shopping mall terbesar di Prague, Palladium

Ada yang memilih untuk round New Town dengan segway


Kedai Bata 4 tingkat

Saya ingat Bata Haikal Hamzah berasal dari Malaysia tapi rupanya dari Czech Republic
dan kedainya bukan setakat kasut tapi jual baju, handbag, gelang, subang dan macam2 jenis
mak nenek ada. Hebat..harga boleh tahan murah.



Heels pun ada dijual jugak.

Kelihatan National Museum

Prague juga sangat terkenal dengan moser (bohemian crystal). Saya keluar masuk kedai 
untuk beli souvenir dan cuci mata tengok kristal.





Saya balik ke hostel sebab kaki dah terlalu sakit dan sempat melelapkan mata selama sejam.
Time tu hari dah gelap, si Korea dah check out rupanya dan Chrissy baru balik dari berjalan.
Rajin si Chrissy, dah balik berjalan siap buat asgmt lagi, tak boleh bayang dia mengangkut
laptop dan DSLR sejak dari Austria. Sempat lagi dia mengucapkan 'Happy Valentine' kepada saya hahaha, lupa plak hari tu adalah 14 Feb. Saya pula bersiap nak pergi Old Town Square
yang ada astronomical clock tu. 3 minit jer dari hostel. Dek kaki sakit, tak lalu saya pakai
boots, selamba aje saya kenakan selipar jepun berjalan,lantaklah musim winter pun.
 Ramai orang pandang2 kaki saya tapi
well, ada mek kisah? I took Bsc of Selamba as my second degree you know?.. Hanya orang
yang terpilih dan mampu untuk berhati kering je yang boleh selamba tahap langit ke tujuh.

Macam biasa, makan tredlnik dan menonton nyanyian pulak utk malam tu. Dan kemudian saya 
buat apa? Well ke Charles Bridge la lagi...



Dah balik tu, seorang lagi roommate dari Brazil check in
Dia dari Brazil, naik flight hingga ke Frankfurt and took train to Prague
Her family will arrive later katanya

Dah banyak tulis ni..
To be continued.....





























No comments:

Post a Comment