Thursday, April 21, 2011

Adoii laaa!!

Rasa macam nak pitam je aku hari ni
Dari takde darah tinggi boleh kena darah tinggi
Dahla aku terbangun tidur awal gila disebabkan mimpi tu
Terus la susah nak tidur balik

Sampai2 sekolah terjumpa ngan Farhan, ketua kelas
Terus aku tanya sapa tak datang semalam?
Punya la amik masa nak ingat balik pastu report kat
aku ada orang ponteng TASMIK
errr wrong people kut kalo nak komplen2 TASMIK ke
KAFA ke
"tell to your ustazah la" aku kata

Attend perhimpunan pagi, cakap ada budak pegi
7E time PnP
Aku pon ala2 je dengar
Lepas perhimpunan, 3 budak pompuan kelas aku dtg
bagi surat..surat dari ayah salah sorang budak ni
Eh, nak ngorat aku ke?? *haktuihh*

Surat tu berbunyik cenggini la lebih kurang

"Kpd mdm. Farah,
Saya polan bin si polan ayah kepada IH ingin melaporkan bahawa duit anak
saya yang berjumlah rm++ telah diambil AS & AD . Duit itu bertujuan
untuk membeli buku English adik IH.
Diharapkan mdm.Farah dapat mencari dan mengembalikan duit itu"

Pehh mengembalikan tu yang tak tahan!!
Kalau tak jumpa aku ke nak kena ganti ??
Kowser makkk!!!!

Aku gagahi panjat tangga menuju ke kelas
Dengan muka bengis aku pegi serang makhluk berdua nih
Tapi macam biasak la masing2 taknak mengaku..
Yang IH hilang duit ni siap bagitau kat aku AS tak
salah, dia cuma pinjamkan loker dia utk IH simpan purse
Dia kata  AD yang pegang kunci loker dia
yang AD nie merayu rayu kata bukan dia yang amik
loker IH pon dia taktau yang mana satu
pening aku haihh
aku hantar 3 makhluk tu jumpa cikgu kaunseling yang pandai
saiko budak..

then budak2 kelas aku 2 org kena panggil lagi sebab buang botol air
yag berisi air ke bawah bangunan, kena pulak PK HEM yang lalu
lagi sikit nak kena bliyau.. bliyau punya la mengamok
bebudak 2 org tu dipanggil mengadap kat tgh2 tapak perhimpunan
ada GB, PK HEM dan aku
kena marah2 gila2 pastu kena rotan
nangis la jugak bebudak tuh
mood aku yang memang tak baik bertambah la tak baik

nasib diorang kelas pertama aku dengan diorang
memang aku tak kasi can
bebel bebel bebel dan bebel lagi hahahaa
bebel, marah & nasihat
Pastu terbukak rahsia yang pegi 7E waktu PnP
tu budak kelas aku jugak!!!!!
Prftttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

Sapa yang tak bawak buku tadi memang
aku suruh berdiri kat belakang kelas
Banyak kali dah aku kasi muka
Banyak kali aku kasi chance
Lantak la kau nak berlenguhan
Jongkang jongket kaki kau

Dah nak dekat tengah hari
masalah lagi!!!!!
ada sorang pulak pegi selek  kawan dia
sampai terjatuh
luka kaki berdarah
Letih gila aku
Dah tak larat marah dah
aku bagi tazkirah percuma kat dia
sampai dia nangis depan kelas
Kalau tak dia hero berjalan sana sini kacau orang
tapi tetiba nangis!!!

Gila tensen akuuu
Pagi tadi GB pun kasi kata semangat
sambil tepuk2 belakang aku
Nak je aku cakap
"Puan, saya nie dah banyaaakkk sangat masalah, segala segi dlm hidup
saya bermasalah, tak expect pulak perangai bebudak smart school
pun macam ni! Mcm ni mmg saya K.O awal la!

:(



Wednesday, April 20, 2011

Kadang-kadang kita boleh percayai mimpi

Beberapa tahun yang lepas
Aku seringkali bermimpi ngeri tentang sesuatu
Bila terbangun dari tidur mesti rasa ada air mata yang mengalir
Cerita pada orang, mereka kata
"Mimpi mainan tidur je"
"Ohh itu dari syaitan tu"
"Ko ni suka mimpi buruk2 kan?"
"Haa percaya la percaya!!"



Sedikit sebanyak (banyak ekceli) aku termakan
dengan kata2 orang
Continue dengan kehidupan, go with the flow
Tak sedikit pun menongkah arus
Dan aku tidak lagi bermimpi pasal itu

Tapi sekarang..mimpi2 tersebut dah menunjukkan
tanda-tanda menjadi realiti
Kadang2 aku rasa seperti deja vu
Walau apa pun, aku cuba mengharungi dengan tabah
dan mencari the silver lining

andaikata tiada silver lining untuk ku dalam perkara ni
maka aku memohon
"Ya Allah tunjukkanlah aku jalan yang benar"
"tetapi kalau ini yang Kau berikan untuk menguji keimananku
dan membasuh kifarahku, aku redha, cuma berilah aku ketabahan"

Kadang-kadang mimpu bukanlah hanya sekadar mainan tidur
tapi Allah nak berikan kita petunjuk












Saturday, April 16, 2011

Miss Enerstine, total fit inspiration

She is 72 years old who has a body
like 25 years old woman
Amazing part is, she only started fitness/bodybuilding
at her early 60
See, age ain't an obstacle

This is her, teaching fitness class and
show some of her weight training

video