Thursday, November 29, 2012

Tidur Selepas Makan, gemuk ke jadinya?

Thank you so much kepada SusuSejat
kerana memberi permission untuk share information
yang sangat bagus

It always happen to me, lepas makan sure nak tidur
dinner la selalunya, sbb dah terlalu letih dengan kerja, anak
dan housework(mencuci, kemas dapur sebagainya)
Kadang2 takut gak sbb berat naik tp dek terlalu letih
kuturutkan juga wahai Jebat!

Please take some time and read. Read and digest.

Tempoh hari saya ada mengutarakan diskusi "makan lewat malam dan makan sebelum tidur punca kegemukan". Rata-rata ada yang menjawab YA, tidak kurang juga ada yang menjawab TIDAK. Apa-apa pun, tak lengkap diskusi tersebut kalau saya sendiri tak beritahu jawapan dari pihak saya, kan?

Proses kegemukan dan kurus adalah 2 komponen proses yang amat penting dalam "Fat Metabolism". Kegemukan berkadar lang
sung dengan aktifnya pembentukan lemak badan atau "Fat genesis", manakala proses penghuraian lemak dikenali sebagai "Lipolysis". Untuk memahami bagaimana proses ini berlangusng, kita kena faham secara KESELURUHAN bagaimana badan kita menggunakan tenaga, dan bagaimana badan kita menyimpan tenaga. Terdapat 3 peringkat (3 stor simpanan) bagaimana tenaga dari karbohidrat yang diambil menerusi makanan itu disimpan.

1 - Muscle Glycogen (Sel otot) - Tenaga segera, tenaga yang dicadangkan untuk digunakan kurang dari tempoh 8 jam.

2 - Liver Glycogen (Hati) - Tenaga separa segera, bila "stor" muscle glycogen dah penuh baru badan akan simpan tenaga berlebihan di sini, dicadangkan untuk digunakan dalam tempoh kurang 24 jam.

3 - Lemak (dalam Sel Lemak) - Tenaga JANGKA MASA PANJANG, bila Liver glycogen penuh, baru tenaga berlebihan akan disimpan di sini, dicadangkan untuk digunakan apabila SALAH SATU atau KEDUA-DUA stor di atas BERKURANGAN BEBERAPA PULUH PERATUS, boleh jadi selepas 24 jam, boleh jadi 1 bulan, boleh jadi bertahun-tahun baru akan digunakan, bergantung kepada sejauh mana aktifnya anda; jangan terkejut tenaga yang anda guna dari lemak hari ini mungkin datang dari tenaga yang disimpan ketika anda di bangku sekolah, simply because kalori masuk dan kalori yang keluar dari badan anda itu tidak seimbang!

Disebabkan kronologi penyimpanan tenaga adalah sebegini, maka lemak adalah "pilihan terakhir" yang badan akan gunakan sebagai tenaga ketika bersenam atau ketika melakukan aktiviti yang intensitinya tinggi, in theory, it is not that easy to store fat, and it is not easy to burn fat as well!

So, berbalik kepada soalan yang saya utarakan tempoh hari, adakah makanan yang anda makan itu terus bertukar menjadi lemak?????? Sedangkan lemak yang kita ambil bulat2 tu pun tidak akan terus disimpan sebagai lemak, ia akan dipecahkan dahulu kepada komponen yang kecil iaitu triglyceride --> glycerol + 3 asid lemak; triglyceride tu takkan diserap bulat2 sebab liang duodenum kita kecil sahaja, bila dipecahkan macam tu baru boleh diserap. Begitu juga dengan protein yang kita makan, isi ayam yang kita makan itu tidak terus "tertempek" kat bicep anda bila terus dimakan, everything has to be broken down into small pieces, then our body will act as a "puzzle solver" to mix-match these small pieces into a bigger picture, which is YOUR BODY!

Sebab itu dari dahulu lagi saya tekankan "Konsep Kalori" itu SANGAT penting, kerana KALORI mewakili jumlah setiap makronutrien (Karbohidrat, Protein, Lemak) yang masuk ke dalam badan anda. Makanlah pukul berapa pun, selagi kalori yang masuk dalam badan anda itu tidak melebihi dari kalori yang diperlukan oleh badan dalam sehari (DCR), anda tidak akan GEMUK atau NAIK BERAT! Selagi anda tak faham konsep ini, selagi itulah anda tidak akan "konfiden" dengan diri anda untuk membakar lemak, selagi itulah anda akan terus dibelengu dan setuju dengan dakyah "makan lepas pukul 9 malam gemuk, makan terus tidur gemuk, minum banyak air gemuk.... bla, bla, bla, and bla!"
 

Wednesday, November 28, 2012

Healthy but lazy breakfast

          




muesli, natural yogurt and mixed berries..done!walla!