Thursday, March 29, 2012

OMG, aku dah berubah!

No need intro for this entry but
omaigoshh bigoshh sungguh aku x sangka dengan diri ini
betul la kata orang, anak boleh buat seseorang tu berubah
well aku x pernah amik tahu pun bab2 baby ni
tapi bila dah ada anak sendiri...segalanya berubah
Dulu, aku pegang baby pun tak reti terkial kial dan terpusing pusing
the baby, now siap boleh bagi mandi lagi depan belakang atas bawah
and anak aku tak cry langsung!! gila kagum ngan diri sendiri haha

Bab cuci berak lak hmm aku ni penggeli dulu taik2 neh
berak anak sedara aku pun aku tak cebok.. rela tunggu
mak dia (adik aku) abis mandi dulu but noww sentiasa check
pampers, beri semangat dan motivation dikala anak aku sakit
perut meneran, cuci bontot, sapu bedak agnesia mcm2 lahh

skang aku jadik occupied almost of the day mengurusi anak
nak mandi ke masak ke kena cepat gilos sbb lama2 dia merengek
mcm tadi aku mandi dia melalak..aku kuar siap kepala
berconditioner lencun towel dek badan masih basah
time dia tido je aku leh nak wat something tp sentiasa kena alert
x pon time dia tido aku dpt online and kalau dia main sorang2 pun
aku kena berada di berhampiran kalo x melalak jua akhirnya
(on9 takpe sbb sebelah dia)

He is my precious treasure
I don't mind if I loose everything (hape yg aku ade pon)
because I gain something precious than anything!
(at least ada jugak aku gain)

Wednesday, March 28, 2012

Lady Dior handbag

I've been drooling over this arm candy since university time..
not even Chanel can beat her ( well if I have a lot of money
then why not?)
But for this lady I'm willing to save up and own her
The last time I checked at KLCC this lady's price was rm10k
wowzzerrrrsss, I know right?
One day I will get her for sure

Red


Pink

Love these colors
surely will buy in red or pink
or perhaps both! nahhh juz kidding!!!





Tuesday, March 27, 2012

Gelang elak bentan bersalin

Gelang pembentan namanya
gelang ke benang?muahahah
Diberi oleh tukang urut around Putrajaya neh
untuk elak bentan, katanya dibaca ayat2 suci dulu
memang aku x kena bentan lsg time berpantang
kena asthma ada la!

*gelang penentang asthma xdak ke hah?


 p/s: excuse my lengan balak..blom kurus sepenuhnya:D





Dividen Bank Rakyat 2011


Perghhh 20% tuuuu
untuk siapa yang dapat masuk banyak
untung gilos laa
tapi nak apply masuk lebih pon kena isi borang
tunggu meeting bagai

papepun BANK RAKYAT
saya mesti pileyyy!!







Monday, March 26, 2012

Adriel and mommy's first outing

Papa nak belanja weols..
tapi Adriel mana bole makan lagi
so dengan selamber Adriel baring dlm TGI Friday
kau mampoo tido dlm TGI??!


Nyonyot jgn x nyonyot

Mommy tembam tumpang interframe
(*Urban Decay Naked palette, NARS Orgasm blush
   MAC Studio Perfect, MAC black liner 
    & MAC Russian Red lipglass)


Friday, March 23, 2012

Lauk berpantang yang menyihatkan

Singgang utara

Campak segala kunyit, halia, lengkuas, serai

 Wajib kunyah dulu kunyit bagai sebelum dan sedang makan nasik

Banyak khasiat nye, kecutkan peranakan, buang angin
panaskan badan, menurunkan berat mcm2 la
nak masak senang jer..ko hiris2 pastu campak semua
dalam periuk, ikan masuk last
semua bahan semulajadi takde yang artificial khenn
eat clean wehh eat clean


Wednesday, March 21, 2012

Bare Escentuals Joyous Jennifer

I'm an anal about blusher, I used to have more than
20 blushers at a time, mostly when it comes to pink peachy with shimmer(suitable with almost skin tones)
When I went to Sephora last year, this blush caught my attention
Until now I just couldn't get it out off my head!!
My next blusher would be Bare Escentuals in Joyous Jennifer definitely

Joyous Jennifer front

Back

 Joyous Jennifer's swatch (the left)

Bare Escentuals/Bare Mineral is a mineral makeup

*all pictures are googled




Tuesday, March 20, 2012

My Mr. Skinhead

Adriel becomes bald for the first time


 Mommy, I feel light

The process


control..control

Done by my confinement lady's husband


That is what pacifier does...to pacify a baby

Mommy loves u sweetie...





Monday, March 19, 2012

Bertangas

While Adriel dalam proses menbotakkan kepala

Mommy....


 Bertangas selama sejam

The jamban bertangas

The ingredients

Kebaikan BERTANGAS 
 
1 - dapat membuka liang2 roma
2 - dapat menghilangkan bau badan
3 - menaikkan seri wajah & badan
4 - dapat membantu memecahkan lemak degil
5 - dapat mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam badan
6 - menjadikan kulit & rambut anda lebih sihat & segar
7 - juga berupaya untuk menghilangkan masalah kelemumur

Friday, March 16, 2012

Rutin Berpantang

So lagi beberapa hari aku akan habis berpantang
ambil pantang 45 hari, kalau ada org continue jaga nak
jer aku berpantang 60 hari
walau apa pun aku tetap kena pantang even 45 hari
dah habis sebab aku melahirkan secara c-sect
makan kena jaga, takleh angkat berat2....
Oh aku berpantang takde la beria teruk sangat
mak aku masak jugak gulai, lemak cili padi, goreng berlada


Tak payah la aku nak letak jam berapa sebab rutin2
ni tak tentu ikut keadaan dan time anak aku tidur dan bangun tidur
Bangun tidur biasanya terus aku breakfast, breakfast selalunya
biskut cicah milo dan kadang2 aku bantai nasi jer terus
sebab lapar kut, last meal pukul 8 mlm
Sebelum mandi, kalau mood ada mari n nak2 plak tgh
rajin x mengantuk aku buat pelvic floor exercise
Lepas mandi, berbengkung dan minum air akar kayu
untuk apa aku tak igt, maybe untuk dalaman, segarkan badan dll
(*Sebulan awal aku mandi herbs, lepas tu aku alternate
hari2 sama ada berlulur atau bersyampu tapi wajib bersabun
dgn sabun susu beras )
Pastu sapu minyak gantikan param kat seluruh kaki and
pakai stokin..sebelum berstokin aku berselipar je dlm umah
After that makan jamu, vitamin untuk susu and jelly gamat
Kalau anak jaga tido, susukan dia pastu main2 skit and
tidurkan dia balik tak pun dia tido dgn sendiri nye (aku suka)

Tengah hari lunch yeahhh, menu aku sokmo ikan, ikan dan ikan
kemudian baru la daging tapinye daging tu ada la dlm 5x
je makan
(*Nasik kena panas2 ye)
Ikan yang aku boleh makan dan dibenarkan oleh mak aku adalah
ikan senangin, haruan, tenggiri, bawal putih & gelama
(*seminggu pertama sup haruan je lahh aku)
sayur plak hari2 laaaaaa aku mengadap sayur sawi
sup sawi ajelah ngkooooo
Pas lunch tu amik vitamin utk susu tu lagi, ado la
dlm 4 jenis...2 time breakkie, 1 time lunch, 1 time dinner
Bila anak tidur, aku apalagas terus on laptop laa nak tidur
balik aku jenis takleh tidur siang pas beranak nie tah pesal
Kalau dia bangun aku entertain je main2, nyanyi2, sembang2
dia plak renungg je muka aku maybe duk kata aphal la mommy ni

Petang tu mandi, kalau rajin pakai bengkung kalau malas
aku sapu minyak dan losyen stretch marks
suka2 je aku nih.. confinement lady kata pakai bengkung
at least 12 jam tapi rimas la sbb ketat 1 hal then nak kencing
punya la susah nak bukak tali temali pastu nak pasang balik
dah x reti, menggelebeh dah rupa skirt pulak keadaannya
Owhh aku pakai gak bengkung velcro tu senang kisahnya

Last meal aku confinement lady kata MESTI sebelum
pukul 8, tapi aku dinner sebelum pukul 7.30mlm sambil
menonton Nada Cinta ya ibuk2 bapak2
Malam kalau tak berbengkung aku sapu sekali lagi
minyak n losyen stretch marks tu sambil baring2 tgk tv
top up minyak kat kaki, sometimes lumur minyak panas
Kalau rajin sapu pilis...
makan vitamin malam dan kalau rajin supplements yang
hospital bagi (selalu ngelat sbb free)
Kalau perut aku lapar aku minum soya shake 

Time confinement lady ada pagi2 lagi dia
akan lulurkan aku seluruh badan dgn lulur kunyit then
mandikan aku dgn air limau siap bersintok bagai
syampu kepala aku perghh aku rasa mcm puteri la plak
then berurut mcm nak mati sakitnye, bertungku dan pakaikan
aku barut..lepas tuhh aku kena telan air kunyit buatan beliyau
best gila kalau ada org siapkan kita, anak aku pun sure rasa best
sebab dia pun dimandi, diurut bagai
Esok nie beliau akan datang untuk final berurut, bertungku
& bertangas

Ha itu la rutin berpantang aku
best ke cuti lama? alaa sama je bukannya boleh rilek
pun, kena jaga anak jugak...adapt keadaan yang dah
ada anak, tanggung jawab dah besar
Kalau aku RAJIN aku post la menu berpantang dan produk
& benda2 yang aku guna selama tempoh pantang ni

Mommy mata panda berpilis



Tuesday, March 13, 2012

Pengiraan gaji baru ikut SSM




Saja suka suki
keje dah selesai, anak dah krohh krooh
lepas memberakkan daku 2x
hehee

well ada yg kata gaji baru ni
dikira mengikut P1T1
kalau macam tu rugi la kan
ciput jer naik

ada yang  kata
gaji pokok sekarang x 13%
aku mengharapkan gaji pokok
lepas KGT tu
walaupun beza skit jer
tp lepaslah buat makan nasik
ayam Gemas kami laki bini
dan anak ehh
Kalau ikut kata Najib aritu
gaji pokok pada 1 Januari 2012
yang dikira
adehhh KGT aku bukan Januari
bertuah la orang yang KGT bulan 1
kan???
Tapi pape pun tunggu je pekeliling
baru confirm pengiraan tu
Yang syok skit ialah dapat
tunggakan
Orang yang lama kerja sure lebat
yang baru mula mcm aku ehekss
cikit je la kan. *sigh*
(syukur)

Agak2 korang kita dapat ke bonus
tahun nie?
: D




Thursday, March 8, 2012

SBPA dimansuhkan!

Untung bercuti dapat dengar pengumuman
penting dari Datuk Najib
Kalau tak berpantang maunye menyibuk kat PICC

okey ni intipati kandungan pengumuman

1) SBPA dimansuhkan
2) Sistem mengikut SSM
3) Gred 1-54 menerima kenaikan gaji sebanyak
    13%
4) Cola kawasan B dinaikkan menjadi rm250
5) Cola kawasan C dinaikkan menjadi rm200
6) Cola kawasan A dikekalkan
7) Elaun BISP dikekalkan (best cikgu math & sains)
8) Kenaikan pangkat guru mengikut time based
     which is 8 tahun bukan 10 tahun
9) Satu jawatankuasa ditubuhkan untuk penambahbaikan

Sekian. Wassalaaamu


Wednesday, March 7, 2012

Pengumuman SBPA

Haritu kata nak announce on 9 Mac
Pastu tup tup ditangguhkan lagi sehingga 19 Mac
agak agak nak tangguh lagi ke?
Mintak kali ni fair la semua orang
kang ade lagi yang meroyan
muahahaha







Tuesday, March 6, 2012

Presenting... my newborn!!





Mohd Adriel Bin Mohd Firdaus
7th February 2012
2.68kg