Tuesday, June 16, 2015

Monte Carlo, Monaco yang elegan lagi mewah

Hi
Jalan-jalan kat Monaco pulak kali ni. Excited nak tengok negara kecil tapi kaya. Rakyatnya kalau tak salah cuma berpuluh ribu tapi semua mampu menyara hidup despite high living cost. Nice dan Monaco tak jauh pun cuma dalam 30 minit saja. Boleh naik bas atau train tapi saya pilih naik train sebab lagi senang. I don't know bus boleh ambil kat mana. Sangat buang masa kalau salah jalan. 

View dari Monte Carlo station

Saya ambil train from Nice Ville return

tambang 7.80 euro

Saya takde la study pun pasal Monaco, so far yang saya tahu tempat famous kat Monaco adalah Monte Carlo casino beserta Paris Cafe, F1 dan Prince's Palace of Monaco. Kena sebut palais, kalau palace driver bus mcm tak paham. 







Monte Carlo Station

Beli 24 hours pass, 5 euro jah
kalau single ride 1.5 euro baik beli pass kan?

Saya berjalan tanpa map sebab information centre tu gelap je takde orang so pakai instinct dan common sense aje. Tengok bas with heading casino, hailed the bus tgk board dan turun.

Setiap dalam benda alah ni terdapat kedai2 branded 

untuk lebih detail

Ha nindiaaa



Dapat jugak menjejak kaki kat sini hiks



Cafe Paris yang terkenal, dengarnya waiter dia pun kekwat on tips




Boleh masuk ke casino yang sebelah Cafe Paris tapi tak boleh ambil gambar. Saya pun masuk je la. banyak machine slots dah macam kedai judi kat SS15, Petaling Jaya je. Ehh motif tau?? hahaha. Maybe yang grand2 mcm Las Vegas tu dekat bangunan utama (gambar2 atas). Dah ambil gambar lebih kurang, saya ambil bas ke Palais.

cantik!








Istana yang didiami oleh Keluarga Prince Albert










Satu bangunan saja yang dibuka untuk tourist dengan bayaran 12 euro. Tapi saya special case, just bayar 5 euro je ;). Gambar tidak dibenarkan ambil. 

Memang mewah betul hiasan istana dengan langsir baldu, tembikar cantik, dan yang paling menarik banyak mengenai Puteri Grace Kelly, memang cantikkk sangat lah beliau tapi lakinye tetap curang. Curang sebab terlalu mampu ok lg kot dari curang tapi hauk serba serbi kann?!!!*tetiba*




curi gak ambil gambar senyap2

Sebab satu building maka sekejap aje la melawat, pastu dah keluar. Oh ya setiap pelawat dibekalkan dengan audio so boleh dengar sejarah2 dan barang2 yang kita lalu.

Lepas keluar dari Palais, turun bukit dengan tangga. Tinggi juga tapi anak tangga lebar-lebar.


Pintu gerbang untuk tangga (sebelah istana je)





Raja diorang yang lepas kot?


Commercial centre


Rue De Caroline

Tak ada apa sangat kat bawah. Beli orange juice dan duduk kat playground kecik tengok budak2 main. Ada mat saleh bermaidkan orang Filipina. How did I know? Sebelum minah saleh tu sampai saya sempat berbual dengan maid tu. Saya terfikir ada tak orang Asia bermaidkan orang barat? Dah bosan dengan rajinnya saya mendaki naik tangga untuk ke istana balik. Tapi tujuannya untuk round2 kedai dekat lorong2 depan istana.








Again souvenir mahal. 3 fridge magnet for 10euro. Err just cukup2 untuk saya, mak saya dan MIL. Kalau dapat 4 ketul would be so nice. Even in London £10 boleh dapat 20 fm, ramai tu boleh bagi.
Nevertheless, souvenir cantik2 dan tutup mata lalu kedai tablecloth (lebih mahal dari Nice).

And then depan area kedai2 ni ada satu gereja yang menempatkan kubur Grace Kelly. St Nicholas church, awal2 tadi saya terlupa nak pergi. Bila masuk dan round memang banyak kubur2 keluarga diraja tapi yang moskelnya takde nampak pun kubur Grace Kelly??? Dah nak keluar pastu patah balik.

       'which one is the Grace Kelly's grave? I didn't see her name' tanyaku kpd tourist lain
       'oh, the one with white flowers on it'

Laaaa dah lalu la sini!



Tapi kenapa nama Patricia? Sebelah kanan kubur her husband



Saya pergi ke casino semula (suka sungguh haha) naik bas. Aim saya ke Monte Carlo just tengok casino, istana dan trek F1, tu je..rasanya ada juga tempat menarik yang lain contoh taman cactus? Ekk
kat Cameron Highlands pun ada kan? hiihihi. Tak payah ambil tour ke apa untuk ke trek F1 sebab bas dari istana ke casino memang lalu pun trek tu. Literally dapat la merasa lalu kat trek F1. One thing yang saya perasan, sini takde langsung traffic light!! Pedestrian boleh melintas dan semua kenderaan termasuk lah Porsche ke Ferrari (knowing that kereta2 ni utk speed) ke akan berhenti untuk memberi laluan. 









Kalau tgk F1 kat tv kan nampak apartment2 ni







Time saya sampai rupanya ada majlis untuk 'Entrepreneurs of the Year' dalam casino. Semuanya dihantar naik limosin dan berpakaian macam nak gi anugerah. Yang wartawan naik kereta biasa.






Menyambut usahawan2
daku usaha sawan je




Hoh itu aje la lawatan di Monaco. I want to write about their women. Their features sangat cantik, tinggi lampai dan bergaya. Pendek kata diorang layak sarung designer clothes effortlessly and by the way saya tak nampak pun bag2 cap ayam diorang pakai even LV yang set2 monogram pun takde. Keluar2 dari train station saya nampak Chanel jumbo flap and dalam bandar nampak YSL, Balenciaga, Hermes etc. Saya bertanya arah dekat a Monaco woman, fuh head to toe branded, nampak terletak aje semuanya huhuhu.

Balik ke Monte Carlo train station tunggu train. Sejam tunggu dengan orang ramai. Apa2 pun nice experience. Negara teramat bersih, secebis sampah pun takde. orang kaya raya, Grace Kelly tersangat cantik.

Esok pegi Cannes (tak tulis lagi).























Monday, June 15, 2015

Nice, Southern France

Hi


Salah satu impian saya adalah melawat Southern France, tak kisah which part. Mana saya tau pasal Nice? Ok, agak kelakar, I knew about Nice sebab Erra Fazira dgn Yusry KRU penah honeymoon di Nice and tengok gambar diorang kat majalah, kalau tak silap her second marriage pun berhoneymoon dekat Nice. Lagipun nama airport dia best, Cote De Azur and alangkah coolnya ada cop Cote De Azur dalam passport saya. Boleh gitu?

View from Chateau De Collins, the same spot gambar hanimun Fahrin Ahmad and wife

I took morning flight so macam biasa tidur kat airport malamnya. Kali ni naik British Airways which is terbang dari Gatwick airport north terminal. Tak best langsung north terminal, takde kerusi yang boleh baring (ada 2-3 je, mestilah dah occupied), kerusi lain yang ada arm rest tu mcm mana nak baring kan? Tapi ada mak kisah, baring jugak sambil sangkut kaki kat arm rest muahahaha. I like British Airways because they are generous with drinks dan makanan pun best, dahla harga murah. Got around £32 one way. 

 At first lalu mainland


Pastu lalu laut, airport sebelah laut jer! Landasan lak lalu laut then pap turun landing


Kalau mampu, boleh la naik helicopter pegi city centre atau Monaco terus
utk rakyat marhaen mcm saya mampu(s) nak membayar naik helikopter


Keadaan arrival di airport Cote De Azur

Untuk ke city centre ada bas khas tapi boleh strike pulak so terpaksa amik bas biasa depan airport
tepi jalan besar. Saya tanya kat information centre tu kat mana nak turun, dia sebut la sekian sekian, tak paham la den..saya mintak dia tulis baru jelas. Kalau tak buat macamtu ada harapan stop kat tempat yang salah.

Sampai ke city centre saya cari tourist information centre yang terletak di hadapan main station Nice iaitu Nice Ville. Just mintak map dan tanya tempat2 yang menarik dan tempat simpan beg. Simpan bag dekat hotel dalam 300m lintas jalan, nama hotel tak ingat la..5 euro per day. Lepas tu mulakan misi meronda!

Ikut je sign




Nice Ville

Yang kayu tu information centre

Nice ni walkable jer tak naik tram or bus pun ok bagi saya. Tempat tuju pertama was Place Maseena.
Dekat Place Maseena ada Jardin Albert 1 dan tempat wap air (don't know what it's called). Place Maseena ni macam square la tempat orang melepak. Ada free wifi!














Saya pun main juga wap air ni 



Apollo, the Greek Sun God









Tak jauh dari Place Maseena is Cours Saleeya, pasar tempatan di Nice. Banyak restaurant, street vendors jual pizza, gelato, buah, ada jual bunga2, hasil2 lavender dari Provence.
















Bought this pizza utk isi perut

Bapak besar, saya suruh potong dua bahagian dan makan sambil berjalan menuju ke Promenade de Anglais. Surprisingly, almost people yang saya passing by semua ucap bon appetit kat saya because tengah makan.Dari gadis waiter cafe, awang itam meniaga keychain, pakcik baru parking moto, akak yang sama2 melintas jalan dan ramai lagi. Malu pulak rasanya sebab makan sambil berjalan. Yelah takkan nak makan sepotong pizza nak duduk kat cafe kot?








Pebbled stone beach







Promenade de Anglais stretches for several miles

Bukak kasut dan main air, saja nak bagi kaki rasa air laut Mediterranian. Dalam gambar tak nampak sangat warna teal nya but in real life it is beautiful.

Dah puas main air dan baring atas batu, saya panjat tangga untuk ke Chateau De Collins untuk tengok Nice dari atas. Nak lalu PDA pun boleh atau masuk ikut Old Town.


cute!





















Apartment yang mengadap PDA, berapa lah sewa sebulan ek??

Lepas puas lepak2 kat atas saya turun ke bawah dan berjalan ke Plaza Garibaldi














basikal terlentang



Patah balik ke PDA for HRC shop and then lalu lorong2 cari souvenir because saya tak plan dah untuk ke bandar Nice for the other days. Fridge magnet mahal sangat!Same goes barang souvenir yang lain.

Tudia my soft spot!!! French table cloth terkenal dengan kecantikan dan kualiti fabrik
rembat satu, 18 euro!!! Ikutkan hati nak beli lagi 2-3, sabarrrr dengan budget yang ada
dan takut tak muat backpack

Sebelum saya ambil bag, saya rehat2 dekat satu bench dan tetiba atuk warga emas approach saya dan ajak saya bersembang. Excited dia maybe saya orang asing atau baya2 cucu dia kot? Tapi dia tak paham English dan bercakap fully French. Basic conversation saya boleh faham dan reply tapi bila dia mengeluarkan ayat2 kompleks mula la aku ternganga. 'Desole, je ne comprends pas' jawab saya.
Dia tanya jugak ayat panjang2 and I started to get bored hahaha dan keluarkan handphone. Eh dia cuit saya suruh ambil gambar. Oklah atuk...


Dia happy sangat, siap ketawa sambil tepuk tangan
sebak lak saya

Few minutes later, dia cakap nak balik siap melambai lambai mcm kanak2. Aduh touching pulak. I hope he has good life dan disayangi oleh anak cucu. Lepas tu saya pun bergerak ambil bag dan menuju ke Nice Ville untuk ke rumah host saya. Di Nice saya bercouchsurfing di rumah single mom anak dua. Dalam 20 minit by train. Yang best nya train dekat rumah dia boleh pergi Nice, Cannes, Marseilles directly. 

Saya taktau nak tulis macam mana, saya memang tersentuh cara mereka menerima tetamu, dahla saya ni stranger tapi disambut dengan cukup baik dan mesra. Anaknya vacuum bilik utk saya tidur dan host saya bersusah payah angkut katil dan awal2 lagi dah belikan ayam halal untuk saya. Sumpah rasa nak nangis. Malamnya dia masak dinner, mashed potato dan ayam grill. For me, dah dapat accommodation pun dah cukup bersyukur tak perlu nak provide foods tapi that is how they receive guest. Lepas dinner kami bersembang2 dia bercerita tentang guests ada yang ok ada yang kureng sampai 3 bulan duduk free siap ngangkut bini lagi dan guna kereta dia mcm kereta sendiri. Ada juga dia adopt homeless girl selama 2 thn sampai lah that girl gained confident utk bekerja (mulianya). She said that dia tak dapat balas kebaikan terhadap orang yang pernah tolong dia jadi dia buat kebaikan untuk orang lain. Ada guest dia dari Morrocco datang betulkan dapur, catkan rumah, pasang lampu etc for free. Nampaknya saya bukan je sekadar berjalan melihat alam tapi Allah bagi saya life lesson as well dari orang yang saya tak pernah kenal, dari benua lain, dan bukan seagama dengan saya.

Then tidurlah, esok nak pergi Monaco. Yeehaa!
Bye