Saturday, December 31, 2011

Refleksi Azam Tahun 2011

Hi
Dulu akhir tahun lepas aku ada post tentang
azam tahun 2011 kan?
Lets check tercapai ke idak azam2 ku itu




1) Increase immune system
got it!!! I don't think melalui supplement, good eating n workout
To tell the truth, I didn't take my usual supplements because
of my preganancy, aku just consume apa yang klinik ibu mengandung
bagi yang 4 serangkai tu plus ngan obimin sebab darah kurang pekat.
Kesihatan aku memang improve sangat2, jarang dah sakit even flu
atau demam..asthma ada jugak but last attack time hari raya pastu no more
yang aku consistent adalah kurangkan minum ais
3x seminggu jer dan ambil inhaler setiap hari even tak sakit

2) lose 8 kgs
tidak tercapai!! instead I piled 12kgs now (to date) but
I don't really care sebab pregnant so what's the point nak
turun berat pulak kan?

3) move house
tercapai!! tengah2 bulan may dapat rumah
yang sgt cozy
10 mins dr workplace, 5 mins kalo traffic light
baik dan kurang kereta


All in all, tahun 2011 adalah tahun rezeki
melimpah ruah kepada aku dan jugak husband
dari segala segi...
Kerja, financial, wishlists dan banyak lagi
Alhamdulillah
Semoga tahun 2012 memberikan kami
segala kebahagiaan dan kesenangan dan
rezeki yang tidak putus putus
AMIN....

Wednesday, December 21, 2011

Apa yang perlu suami buat utk sambut kelahiran baby

 I found that this article is very good for husbands
All husbands out there patut la buat semua ni
termasukla husband aku..buat jgn tak buatt :))
Aku rasa semua isteri memerlukan kekuatan dan sokongan
dari suami di saat2 sakit contraction dan waktu
meneran tu..Suami2 lak jgn buat bodo dgn duk diam
terkaku jer atau lebih worst pengsan!! Amboii
banyak cantik koo..patut ko suruh doctor induce
dia hahaha kasik sedar *sekadar imaginasi liar*


Objektif :
Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.
Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.

Aktiviti :
1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.
Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa’ dan surah Al-Hasyr.
Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :
Maksudnya : “Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.
Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ r.a. Rasulullah bersabda :
Maksudnya : “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a.”
Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.
Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :
Maksudnya : “Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.
Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.

5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.
Memberikan nama yang baik.
Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu”.
Riwayat Abu Daud
Membaca Doa ketika memberikan nama anak.
Maksudnya : “Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.
Mengaqiqahkan anak.
Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu’akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : “Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.
Riwayat abu Daud
Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak.
Maksudnya : “Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari ……(sebut nama anak)….
Gesaan Aqiqah :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : “Kerkakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu”.
Muttafaqun A’laih
Antara hikmah aqiqah adalah :
Membiiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia.
Melindungi diri dari gangguan syaitan.
Bercukur rambut.
Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.
Antara hikmah bercukur rambut adalah :
Hikmah kesihatan.
Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.
Hikmah kemasyarakatan.
Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :
Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak”.
Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud
Khurafat yang perlu ditinggalkan.
Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda :
Maksudnya : “Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka”.
Mengkhatankan anak.
Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah hadis disebutkan :
Maksudnya : “Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita”.
Riwayat Abu Daud
Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.
Antara faedah berkhatan adalah :
Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit.
Membersihkan diri dari kekotoran.

sumber: sharudinzain.com









Tuesday, December 20, 2011

Dividen ASB 2011

pic googled  
 

Kalau akhir tahun jer mesti excited nak tau berapa % dividen ASB
termasuk la aku walaupun
simpan sen sen jer..dok membayor hutang jerrr lebih :( 
duit mingguan/bulanan yg laki bagi pun lebih banyakk kot
sebab ape aku kata mcm tu?
sebab dividen ASB diberi mengikut baki bulanan yang terendah ye!!
Let say  5 Februari korang letak duit RM 1000, pastu 20 Februari
keluarkan RM 300..jadi yg dikira bukan RM1000 tapi rm700
kata baki terendah bulanan kann hehee
so dividen bln februari (katakan dividen dpt 8%)
rm 700*0.08/12 = rm 4.67
(laki aku bg lebey dr rm4.67 kahhhs)
mungkin next entry (mungkin jer ah)
aku ajar camna nak kira dividen

Ok utk tahun 2011 dividen adalah
7.65%
manakala
bonus adalah
1.15%
oklah kannn

hukum ASB itu harus
tapi kalo ada yg tak abis ngan was was sana sini
baik takyah buat
jadi syubhah
Babai






Tuesday, December 13, 2011

Sifir gaji baru SBPA

Yang I dapat ni untuk guru
ni jer yg comprehensive
skim lain tu tak lengkap so x berani
nak letak
kira sendiri yer berapa gaji baru korang
taknak tulis details kat sini karang peniaga2 baca
sesuka hati lak naikkan harga barangan
hehehehehe
*cara pengiraan ada di entry terdahulu

Sebelum tu tengok dulu jadual perubahan gred
(tengok dekat gaji permulaan)
so dah tau eh DG41, jadi DG 1-1
DG 44 jadi DG 1-2 and so on..


Then ini jadual yang dinanti-nantikan
tangga gaji baru SBPA!!

click to enlarge

Informasi tambahan


Selamat mengira gaji baru, Insya Allah..






Friday, December 9, 2011

Cara pengiraan gaji baru mengikut SBPA


gambar credit to sinechi, forum cari

Ikut pemahaman aku
1) Tengok tangga gaji korang sekarang (skim SSM)
2)Naikkan satu tangga kehadapan (skim SSM)
3) Bukak jadual gaji baru SBPA, cari tangga gaji yang paling hampir dgn gaji langkah 2 tadi
4) Then, naikkan satu tangga gaji (skim SBPA)

mana nak dapat jadual gaji baru SBPA?? TUNGGU
banyak sgt gred dalam skim perjawatan kerajaan ni






Thursday, December 8, 2011

Intipati Pelaksanaan SBPA

So, I think this is a little bit of
summary from SBPA

NOTA MAKLUMAN MEDIA
SEMPENA PELANCARAN PEKELILING
SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)
OLEH YBHG. TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

- INTIPATI PELAKSANAAN SBPA -
(*baca no 5 berulang kali, what you think?, scroll down for my opinion)

Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

1. pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;

2. pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.

3. pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;

4. pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat ((4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;

5. peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;

6. peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;

7. pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);

8. penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);

9. penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;

10. pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;

11. pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;


12. perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;

13. pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;

14. pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;

15. pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;

16. pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

17. penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;

18. peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan

19. pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
7 Disember 2011


*ok yang no 5 tu, sebelum ni ramai yang cuak sebab
kenaikan gaji akan diberi melalui penilaian SKT
aku yakin ramai yang dah tengok jadual ni
Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
Markah 75 % – tiada kenaikan
Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan
ramai yang kata kalau dapat bos yang tak adil,
 berat sebelah memang masak laa, kalau dia nak aniaya
memang tak naik gaji dan kena exit policy terus la kann
aku pon setuju gak sbb ada jer bos yang menilai ikut emosi
dan pakai main letak jer markah..manusia mcm2 jenis kan
tapi bila baca balik yang no 5 tu..hanya pangkat JUSA ke atas shj
yang akan dinilai melalui prestasi..so golongan bawah2 nie pergerakan gaji
macam biasa but make sure markah jgn sampai 70 ke bawah 3 tahun 
berturut turut, nanti kena exit policy atau bahasa kasarnya kena buang kerja!
Apa-apa pun berkerja la dengan ikhlas dan kalau dapat
apa2 tugasan lebihan pun anggap la sebagai ibadah dan
investment utk hari akhirat. Tapi jangan sampai kena buli sudah!
*pesanan khidmat masyarakat...moh kita baca berkali-kali
pekeliling baru sebelum tandatangan
 





Wednesday, December 7, 2011

Tanda-tanda mengandung

These were what happened to me
Maybe differ to other person
Tapi aku jahil, aku buat bodoh jer
ingat sebab keletihan dan stress yang melampau

1) White/green yellowish discharge @ keputihan
Keluar banyak, mcm kat atas aku igt letih yg amat sgt
moreover aku kena gi kursus netball dan baru pindah rumah
Selama ni aku clean jer..seingat aku masa awal remaja je
jadik sebab perubahan  hormon

2) Tender breast
ingat berat naik!! NEXT

3) Period lewat
utk married women, aku nasihat supaya sentiasa mark korang
nye first day period, catat ke, bulat kat kalendar ke. mcm aku
mark kat organizer handphone..so that korang boleh tengok period korang
regular ke tidak. Macam aku period adalah regular so kalau terlewat
boleh jugak suspect2..tp aku tetap menyalahkan keletihan sampai period
tak keluar2 hahaha..dah 2 minggu lewat
baru aku suh husband beli pregnancy test.
(Ok, positif..hepiii pastu cam alamakkss)
Nanti gi klinik pon doctor perlukan date 1st day period
period yang last

4) Pening kepala yang melampau lampau
awal2 aku x berani nak makan panadol lagi, sbb janin x kuat lsg kan
aku cuma tampal koyok, sapu minyak cap kapak..tidoooo
tapi none of them berkesan..kalo ko pening kepala sbb peknen
ko buat la camne pon pening tu takkan hilang
(akan hilang gradually as the time goes by)

5) uwekk uweek muntah
aku takleh bau orang masak, bau dapur, bau makanan yg baru
masak confirm aku muntahh dan asal makan jer aku mesti muntahkan balik
nasik2 aku tak suka, aku cuma nak makan laksa penang dan
kalau nasi pon mesti
yang mak aku masak, lauk mestilah ikan SAHAJA. Sayur
pon aku tak suka kecuali ulam dan salad (mentah)

6) Lack of sexual desire
Ni hormon kot (manjang benda lain yg salah, aku idak hehe)
dan risau affect ke baby sekali..Doctors akan memberikan pendapat
yang berlainan, ada yg kata OK, ada yg kata sabar dulu la, ada kata
do gently and stuff la..ikut suka korang la, tp kalau dpt suami yang
memahami dan kesian kat isteri memang alhamdulillah
ape ade hal kan..tahan la kejap utk anak isteri ngko

Dia nih, peknen2 pon lengan halus jer



Tuesday, December 6, 2011

Jadual Pembayaran Gaji 2012

Ini untuk sektor awam je
private pulak wo pu chitau
ada gaji dapat awal sgt
sebab ape?
selalunye sebab ada perayaan pada bulan tersebut
dah tau tarikh tu
silalah rancang financial anda
cehhhh (utk diri sendiri)


p/s - aku rasa skim SBPA ni patut dilaksanakan secara 
         360 degree la
         dimana orang atas nilai orang bawah, 
         orang bawah nilai orang atas
         macam dekat IPT, students leh kasi markah dekat 
         lecturers





Monday, December 5, 2011

It's a boy!

So after 26 weeks baru nampak my baby's gender
all this while beliau malu2 kot nak show
then scan2 jer terus nampak his genitals kuikuikui
Then at 29 weeksbuat lagi 4D, nak check everything his heart, fingers
everything lah..alhamdulillah so far semua normal
Kali ni susah giler nak snap dia nye picture coz asyik bergerak sana
sini smp the sonographer said "it's very hard to capture his face,because
he's so active..
Gerak2 satu hal pastu dok main aci lut ngan kami dgn sembunyi2 di
sebalik placenta

Kedudukan tangan memang tak lekang dr kepala
posisi mcm aku tido, tangan mesti letak kat seblah kepala


Hidung adalah mewarisi aku, mulut tu x pasti la aku ke husband
mulut aku kecik jer
tunggu je la dia kuar nanti kan..
selalu anak lelaki ikut mommy nye hehehe


yang benda tepi2 tu la placenta @ uri

Bila scan nampak je boy, terus husband iols senyum2 simpul 
kat hujung kaki iols
suka lettewww sbb beliau mmg harap anak lelaki pon
(barang2 baby sume dah nak lengkap, barang aku 1 pon belom beli!!huaa )
aku lak sebagai mak mmg tak kisah anak lelaki ker perempuan
janji sihat sempurna aku dah bahagia

yang bestnye mak aku la, dah scan terus aku sms beliau
"mak, kakak dah scan, it's a boy..."
mak aku reply"ye ke..alhamdulillah, mak suka la, x sabar laa
esok mak tempah bantal ngan tilam warna biru"
hihihi teruja sungguh depa

Alhamdulillah, semoga aku ngan anak selamat dan sihat
sampai bila-bila..AMIN


Saturday, December 3, 2011

Get Naked 2

I was at my utmost joy when I visited Sephora last 3 months
Initially I just wanted to look around and play with the cosmetics
without any disturbance by the SA and MA
I stopped by at Bare Escentuals rack and turned back..then
walla!!! Urban Decay Naked Pallette!!! The most sought after
pallete from Urban Decay. I tried to buy online but it costed more
than rm200++!! ARAMAKSS

"I'm so getting this, I wanna buy it" told to my DH
"ok belii belii" hahaha
Back home tried the pallete, most of the colors
are glittery but the colors payoff are good and lasting..
yup we'll get mini size UDPP too where the function is to
make the eyeshadow stay put
so the colors are lasting for a loooong time!

I'm not really to give a review here
but when I'm so excited to get naked LOL
suddenly, Naked 2 is released
my oh my...
there are 5 new colors in the palette
matte finishing instead of glitterish so it is more wearable
for work
but nothing much different between these two palettes
let's look at the pixx

Naked 2
Comparison between Naked 1 and Naked 2

*pictures credit to pinchofpretty.com

The palette will be released in December in US
and around February worldwide
so are you getting naked?
:D




Friday, December 2, 2011

Sephora Favorites Collector's Edition Fragrance For Her

Berbaloi-baloi!! Tu word yang boleh describe utk sample perfumes
dari Sephora. When you purchased the box containing of 10 miniatures
you will get 1 full size perfume of your own choice. Boleh pakai  dulu
then baru bagitau yang mana satu kita nak full size. Tempoh masa yang diberikan tu
aku x pasti lak, tp skang nie memang aku berexperiment dgn bau2 ni cocok ke tidak
ngan bau aku muakakakaa. Layan
gambar dulu ye..

ada:
0.05 oz Calvin Klein euphoria Eau de Parfum
- 0.21 oz CLEAN Warm Cotton Eau de Parfum
- 0.17 oz Dior Addict to Life Eau de Toilette
- 0.24 oz DKNY Golden Delicious Eau de Parfum
- 0.13 oz Givenchy Ange Ou Demon Le Secret Eau de Parfum
- 0.25 oz Jennifer Aniston Eau de Parfum
- 0.17 oz Juicy Couture Viva La Juicy Eau de Parfum
- 0.17 oz Paco Rabanne Lady Million Eau de Parfum
- 0.33 oz Philosophy Amazing Grace Eau de Toilette
- 0.17 oz Thierry Mugler Angel Eau de Parfum


Aku dalam dilema nak pilih yang mana untuk full size
So far yang aku suka adalah

1) Thierry Mugler Angel Eau de Parfum - bau feminin2, flora, bersih
2) Givenchy Ange Ou Demon Le Secret Eau de Parfum - awal2 kurang lama2 masuk ngan bau badan iols
3) Calvin Klein euphoria Eau de Parfum - campuran fruit + flora, then cam happy2 je bau die
4) Paco Rabanne Lady Million Eau de Parfum - pakai kerja ok la nih, cam powerful n career woman, bau not that strong tp tinggalkan kesan mendalam chewaahh

yang EDT tu tak payah la sebab essence dia sikit jer , so tak berapa nak bau
dan longevity kurang..harga pon murah banyak dari yang EDP
arghhh buah delima tol la nak pilih yang mana..
Thierry Henry Mugler tu ala2 exclusive gak, tak sume tempat jual
retis pon suka pakai, aku tgk dalam majalah + tv
yang retis yang pakai mcm Siti, Ella, Sh. Shahirah ngan model
ape ntah aku x igt nama
tapi memang bau sedap pon dan tahan lama kat aku nih

yang mana ekk??
ada cadangan??

ni aku nye set, yang DKNY tu dah dalam handbag
best miniatures byk sebab bleh tukar2 letak dlm handbag

*Pardon my bb camera :P