Sorry sebab seminggu lebih baru nak tulis entry ni
Actually taktau nak bagi tajuk apa for this entry
- Pengalaman yang mencemaskan di airport cdg?
- Pengalaman hauk di airport cdg?
- Adrenaline rush di cdg?
- Rasa nak belasah orang je kat airport cdg?
So I came out with decent topic macam karangan UPSR je
Bermula lah al kisah..
Disebabkan pergi Prague naik Air France, wajiblah transit di
Paris, satu city yang saya kurang gemar tapi nak buat mcm mana
dah naik Air France
Kenapa gatal naik Air France?
Sebab Air France sayang saya, dia bagi voucher bernilai £72
so saya just topup another £20 utk ke Prague
Time fly dari London tu ok, everything went smoothly
turun2 dari flight ada signage utk connecting flight, nak tukar terminal
2D ke 2E
ikut mana bagai dan on the way tu ada screen utk next flight
siapa yang pernah datang CDG tahu la kebesaran airport ni, ingat saya
je yang sangka mcm tu tp bila baca blog lain writer pun tulis airport ni
sgt besar
tak ramai langsung
Prague platform F, gate F53
roger that
Lalu security check, ok pass
Masa transit 3 jam so lenggang kangkung mak limah
pergi toilet, belek2 bag kat butik Long Champ
minum hot chocolate
TAPI
time balik disebabkan kegatalan diri sendiri yang book utk tiket balik
pilih transit untuk 50 minit
ya 50 minit sahaja
50 minit!!
Awal2 tu mcm alaa, terminal mesti dekat2 je takde masalah
serious lupa kena lalui custom and immigration check.
So relax la until pagi nak balik London
dah start cuak, What Apps husband adoiii camno ni
kalau termiss flight, kalau next flight esok baru ada mcm mana?
mana nak tidur? takkan nak sewa hotel, mana ada duit? last minute mesti
mahal giler? dah la orang Paris sombong giler babs
Husband lak relax je jawab.."sempat la 50 minit"cehhh
Tapi gabra jugak
Bila pergi ke Prague airport utk check in saya mintak kat kerani
kaunter utk bagi saya seat agak2 depan dekat dgn pintu
supaya saya senang keluar
belakang 2-3 row dari business class ke
aah memang dapat seat dekat dgn pintu
tapi pintu kecemasan! choiiii
hahahhaa
tapi kira ok la jugak seat 15C takde la belakang
Kat boarding pass saya tulis next boarding pukul 7.40
dan flight dijangka landing pukul 7.25
perghhhh punya la rasa lambat sampai saya
sikit2 tengok jam, dan dalam hati cakap
cepat la skit pilot weiii bawak kapai terbang hahaha
Ok, flight touch down dalam 7.15 tapi untuk parking punya la
lama berjanggut sebab airport besar
untuk settle down, potpet potpet bagai 7.30 jugak baru dia bagi
keluar!!!!
Dan2 kata gitu terus saya rempuh2 manusia ala pemain ragbi
time tu tak tgk lsg dah jam sebab takut
keluar2 flight I was like damn it!! No signboard at all!!
Saya kena tukar terminal 2E ke 2F
So which direction I should go???
dalam hati sempat ke tak ni, I talked to myself boarding je
tulis 7.40 tapi selalunya lewat sikit..so I have extra 10 minutes la gitu
Saya tahap berlari amazing race dlm CDG, dah tak berjalan dah
dah jauh sikit baru ada signage utk ke terminal 2F
yes tapi jauh amat, time genting tu la manusia2 depan ko jalan
lenggang lenggok, yang couple2 time tu la nak bercium bagai
arghhhhh, ini semua contribute ke arah melambatkan saya
Seriously 2E ke 2F jauh gila! Berlari2 atas escalator
naik turun escalator tu pon tak sampai2
rasa nak marah diri sendiri sebab mcm lembap je berlari
beria lari tapi tak sampai sampai
beria lari tapi tak sampai sampai
yang kelakarnya time tu boleh pulak fikir balik nanti
kena training macam
gittewww
to add salt, takde pun screen saya kena tunggu kat platform mana
time otw tu
unlike masa arrival otw nak tukar terminal dah ada screen kat mana nak pergi so
bila sampai terminal tu saya boleh terus tuju ke platform
saya taktau berapa lama baru sampai ke terminal 2F
memang mencungap, kena cari skrin lak nak tgk flight ke London
ok so platform 5 tapi gate apa takde ok
sebelum masuk platform 5 kena custom check, time tu ada la dlm 30
orang dengan 3 kaunter..saya tanya kat petugas dekat line tu
boleh tak cut queue sebab dah nak boarding ni..boleh dia suruh aku lari
'run mademoiselle' sambil buat gaya berlari
mangkuk tingkat tul dah sampai kat situ buat apa nak
berlari nya kat custom check
mmg tak pandang jam sebab takut
screen utk gate berapa pun takde adoii
pastu immi check lak, dulu masa dtg takyah bukak kasut
yang ni suruh bukak kasut la plakk
dah lepas immi baru nampak screen gate berapa
so portres K51 katanya
again portes K51 tu 2nd last dari belakang, jauhhhh
lagi sekali ku berlari
dah nak sampai ada jam, dah 7.45 sampai gate
tengok orang dah start boarding
alhamdulillahh I made it!!!!!
dalam masa 15 minit berjaya buat semua
masuk2 flight mmg tersandar, terkangkang
mencungap cungap
orang sebelah tanya kenapa
so cerita la kejadian amazing race kat dia
dia pun mengalami kejadian hauk jugak
dari Canada transit kat Paris naik Air France nak balik kampung
di Nigeria katanya. Flight dari Canada delay and caused him to
miss connecting flight in Paris
lepas tu Air France arrange utk dia amik flight kat London..
kat boarding pass dia tulis gate K31 padahal yang sebenarnya K51
dia kata dia tunggu lama kat K31 pastu rasa pelik..bila check
K51 sebenarnya..
nasib baik sempat kalau tak miss flight lagi
hauk sungguh Air France
Pengajaran
At least allow 3 hours of transit
mujur tak berapa ramai orang kat CDG
tapi kalau kat London confirm miss flight
sebab orang ramaiiii especially kat Stanstead
tambah2 utk international passport mmg panjang gile
beratur utk custom check
Sekian cerita pengalaman di CDG
balik2 mmg ku training mcm Rocky Balboa hahaha
dengan harapan semoga fit
amin
au revoir