Tuesday, February 17, 2015

Melancong ke Prague: Part 1

Salam, hi...
This is really fast entry, balik bercuti terus tulis sebab takut lupa
Percutian kali ni selama 4 hari 3 malam, free and easy
at my own phase dan first time travel solo. It is one of highlights in my life
travel alone di negara asing, bahasa asing apatah lagi budaya.
Kenapa pilih Prague? Ok mungkin sounds funny tapi saya teringin nak melepak
di atas jambatan terkenal iaitu Charles Bridge (akan ada byk gambar CB dlm entry ni)
and saya baca Old Town Prague macam fairy tale. I read somewhere written that

"if European cities were a necklace, Prague would be a diamond among the pearls" (anonymous)

And..Prague city centre incl old town pun dinobatkan sebagai UNESCO heritage sites


Charles Bridge yang dibina pada kurun ke 14, kalau tak silap saya penah runtuh sebanyak 3 kali, dan last sekali batu batunya diikat dengan putih telur dan bertahan sehingga sekarang

Day 1
Saya tiba di Vaclav Havel Aiport pada pukul 3 petang dengan menaiki Air France airline. Setelah sampai saya terus keluarkan duit Chezch Koruna melalui ATM machine. Tips - jgn tukar di money changer, akan dapat sedikit dan kadang2 ada unsur penipuan. Small fees will be charged but it is really small which is much more better dari tukar kat money changer. Dalam tangan saya
ada 3750 Chezch Koruna (pronounced as Crown). 


Next, beli 3 day travel pass which is only 310 crown. Boleh naik any public transportation
di Prague unlimited. Kena validate tiket sekali je lepas tu naik la puas2 selama 3 hari. Jangan
tak validate, kalau ada officer diorang datang check akan kena saman sebanyak 800 crown
on the spot. After validate tu you are happy to go, metro diorang tak payah masukkan tiket 
atau touch tiket mcm dekat Rome/ Paris..masuk bodo2 gitu je.


Bas yang saya naiki di luar aiport ke Devijcka. Dari Devijcka ke Staromestka saya naik
metro



Tiba di station Staromestka

Pada mulanya saya book hotel di New Town yang terletak di Florenc tapi after few 
weeks saya terjumpa hostel yang terletak di Old Town yang berhampiran dengan
Old Town square dan Charles Bridge. Harga pun 3x ganda lebih murah. The cons are
you got to share the room and the toilet is outside. I booked 5 bed female dorm.


Roommates saya dari China, Korea dan Brazil. Dapat kenal orang baru dan bersembang
mengenai negara masing. Saya spent byk masa dengan roommate China coz dia
selalu balik hostel awal. She is an erasmus student now study at Wesbadein, Germany.
She was on reading week too, dia travel dari Vienna (Austria) - Budapest (Hungary) -
Prague (last stop) and back to Germany. Ohh she had experiences in Budapest.

Checked in, kena pasang cadar sendiri, letak bag dan terus cari Charles Bridge.
 6 minutes jalan kaki.
otw to CB


Finally!!! Ramai gile tourist waktu petang. Banyak tourist dari China, Korea.
Sepanjang CB ada 75 statues. 

Pemandangan dari atas CB. Esok saya mesti ke Prague castle (said to myself)


My first meal in Prague, doner set harga just 150 crown. Bawah fries tu ada bulgur wheat
rasa macam nasi+quinoa. Sedapnya bulgur wheat. Saya tak makan fries sbb biasa sangat.

Kemudian ke Old Town square untuk tengok astronomical clock. Clock ni salah satu
tarikan jugak sebab setiap jam ada patung berpusing kat tingkap tu dan beberapa tahun
lepas ada pegawai tiup trumphet dari atas. Sekarang takde. Truthfully, saya rasa biasa je.
Ramai tourist pun macam..what?? Is that all??!! Nanti saya letak video kat FB


Lepak di Old Town aktiviti wajib - people watching. Bulan 2 adalah bulan karnival
di Praha so banyak show. 

Persembahan api 


When you're in Czech Republic, you might want to try this bread called as Trdelnik.
Tak pasti ianya sejenis roll atau brioche tapi dalamnya ada cinnamon. Bought one
at 60 crown


Makan atas bench panjang macam dekat kantin ramai2. Other tips - melancong ke
negara orang kena sporting. For example, orang sebelah kau minum beer, kau kena bertahan
jangan buat muka annoyed. One thing for sure, baru mulled wine and beer mmg kuat
di negara2 dlm Europe, sampai hidung saya pun dah boleh detect. And babi golek pn
banyak dijual kat kiosk2, dia panggang mcm ayam golek hahaha.


Dekat dengan hostel, menyanyi lagu Czech. I also came for this, saya taknak dengar
lagu English, saya nak dengar bahasa asing dengan costumes. Balik hostel dan berehat,
kerana esok adalah a longgg day. Takde la rehat sangat sebab sembang dgn Chrissy.
Chrissy ni lagi best dah sampai ke San Paolo, Brazil, Amazon rainforest all by herself haaa. It is a way to unwind the stress, she said and I'm 100% agreed.

Bersambng....















Thursday, February 12, 2015

Mini trip to Canterbury England

Hi readers! Ya ampun sebenarnya lama dah nak tulis entry ni termasuk entry
tour Jillian Michaels dan satu kejadian yang kurang enak menimpa
haruslah didokumenkan sebagai kenangan dan pengajaran tapi malas ya amat, malas serba serbi dalam semua aspek kehidpan
Trip ni tak berapa nak rancang pun, actually tujuannya utk rehatkan otak
selepas hantar 2 asgmts, 6k words length for each dan dissertation research proposal.
Bulan 12 dan awal bulan 1 memang memerap dalam rumah ngadap journal dan laptop
perah otak sampai stress tahap gaban. Nak nangis pun ada haha. Orang lain amik feel
Christmas dan berboxing day bagai tapi saya yilek. Focus pada asgmt dan tonton.com

Mula2 nak pergi Glasgow tapi postpone dulu
Then fikir tempat yang tak jauh dari London, yang 2-3 jam dari London
Sheffield dah pergi, Manchester dah pergi so ke mana ya?
First came to mind was Dover nak tengok cliff dan kapal2 yang pergi Paris
tapi winter kuttt sejuk nanti dan manatau angin kuat kat atas cliff tu.
Sooo, I made up my mind to go to other city near to Dover but still in Kent
region, Canterbury.

Landmark paling terkenal di Canterbury

Canterbury merupakah salah satu UNESCO World Heritage site. Bila tinggal di sini
baru saya tau apa benda UNESCO heritage site ni. Rupa-rupanya dah beberapa sites yang
saya dah melawat, Bandar raya Melaka salah satu tau.


Mode of transportation - mesti lah yang paling murah. Naik bas, £11 return. Bagi saya
National Express selesa, ada plug lagi untuk charge handphone ke, on laptop ke
Dari rumah ke underground station Victoria pun direct line meaning that tak payah
naik turun tukar tube. Cuma dah sampai Victoria station kena jalan sikit lah dalam 5
minit untuk ke coach station (dalam gambar).

The bus reached to the Canterbury stop after 2 hours journey. Cari hotel dulu yang dibook
siap2, Ebury Hotel. This hotel terletak dalam 15 minit berjalan kaki dari bus station.
Tapi masih dalam city centre cuma kawasannya agak remote tapi damai.

Sebelah bangunan batu tu station bas,bangunan brown bricks to shopping mall

Ebury hotel milik persendirian, so harga takde la ridiculous


Interior hotel


Ke dining room dan bar





Jom tengok exterior lak

Backyard

Backyard

Indoor heated swimming pool

Tengok bilik pulak, saya book single room

Map mintak dengan receptionist


Fireplace acah2 je

Body, face and hand towel


Wall paper cantik, bunga putih yang timbul. Tak nampak semak

Rehat dan buat apa yang patut dalam sejam, 2.30ptg saya memulakan misi berjalan jalan.
First target saya punting! Untuk sampai ke agent punting tu saya menyusuri 
sungai Stour






Agent tu sebenarnya sebuah coffee shop yang cantik, very English like
Saya bertanya mengenai punting tapi malangnya operation ditutup sehingga
April (spring) huuu sadiss bangat. Takpe, nanti pergi berpunting di Cambridge
dan Oxford k, pujuk hati.

OK, next..jomlah ke UNESCO heritage building, Canterbury Cathedral(gambar first)
Uih masuk kena bayar tu, mahal pulak nasib la ada harga student tapi still mahal 
bagi iols


Bahagian luar





Masuk sampai bahagian sini jer, tengok tu kubur lama
tetiba rasa ngeri, dahla orang tak ramai..suasana hening pulak tu
mula la ku terbayang hantu omputih hahaha
Boleh lagi masuk dalam tapi taknak la, nak pergi tempat lain lak

Hospital untuk mereka yang buat 'haji/umrah'

Dulu dulu dulu Canterbury adalah tempat orang Christian mengerjakan pilgrim. Saya tak pasti 
berapa tempat untuk tujuan pilgrim ni sebab saya tengok kat FB, Maria Kang No Excuse Mom
tu menunaikan 'umrah' kat Israel, pastu swimming kat Laut Mati pakai 2 pieces bikini *pitam*
Tetiba Maria Kang masuk ini cerita

The Westgate



Clock Tower tertua


Old Buttermarket


Heritage museum

Nak masuk museums kena bayar so takpela iols tengok dari luar je
Kecuali satu museum ni seolah olah memanggil namaku
ternampak time nak berjalan ke arah city centre
                                                      











































Gila tak masuk?? Dan bila keluar tu mustahil dengan tangan kosong

Destinasi terakhir buat hari tu adalah St. Augustine Abbey
Sebuah kota yang tak siap

Tak best pun, tengok dari luar je

Sebelum balik hotel tapau fish burger kat Burger King 
singgah Sainsbury beli air
tak sabar nak mengirai hasil rembatan Primark tadi

Rembatan yang berjumlah £10 sahaja, jeans tu on sale £3
Seriously tak sabar tunggu summer bila tak payah berboots dan
coat bagai, serious rasa mcm walking Christmas tree
assemble di atas is my style, simple

Selepas mengirai, mandi, makan dan relax2 tengok movie
layan 3 movie sebelum tidur
Esoknya layan English breakfast 

English setting dining room, cantikk

Free flow of these

and these



Semua jam adalah sedap

Entitled to cooked breakfast as well, ordered all sans bacon

Tadaaaa

Seriously tetiba balik Malaysia nak hias rumah English style
lapik makanan berdoily tapi wa mempunyai anak kecil yang lasak
so tak payah beriya sangat tapi beli je dulu..dia besar kita pasang!

Stay dalam bilik sampai la check out
Sebelum pulang tu buat final round



Canterbury Castle yang roboh






Antara aktiviti wajib is people watching sambil minum hot choc
Time perempuan ni menyanyi ada satu makcik lalu dan berkata sesuatu
And tetiba makcik tu datang pada saya bertanya 
"Is that your friend?"
"No"
"She sings too loud" dan terus berlalu
Patutla singer tu nyanyi makin slow lepas tu terus pack barang
Ntah la saya rasa tak kuat pun dia nyanyi, dan ada jugak beberapa buskers
lain area tu


People watching dekat Buttermarket pulak

Time ni saya di approach dengan seorang homeless
English slang pekat gila dengan cakap ala2 berbisik gitu
Dia mintak duit sebab terlalu lapar
Dah bgtau dia homeless saya pergi tanya lagi
"ko tinggal mana?
taktau saya takde rumah..saya lapar sgt
ok nah 2 pound
terima kasih tp blh tak bagi sikit lagi
dah2, tu je yg i ada..pergi mintak kat orang lain plak"
and he left, anggap je sedekah

jom pulang yuk

Bas sampai 15 minit lewat..dah la makin sejuk
sama2 merempan dengan minah dari Spain yang nak gi London
ko tanya aku, aku tanya ko pukul berapa haha

Yeah balik rumah


Harap2 mood rajin update sentiasa ada
My next trip bermula Jumaat ni, doakanlah semoga berjalan lancar
it is an international trip