Monday, May 25, 2015

Sambungan cerita Amsterdam :Part Akhir

Hi

Part 2 and last kut hopefully, hutang lagi entry Scotland
belum tulis
Sibuk buat study progress sebelum next trip,nanti boleh cuti dengan tenang
K sambung!

Banyak party shop, best!
tapi masa King's day tu dengarnya ramai yang pilih
untuk ber'birthday suit' je








Terdapat 3 canals utama di Amsterdam, mohon google ya
saya tak reti nak eja



Pintu masuk ke Anne Frank's house
Anne Frank, remaja Yahudi yang menyorok dalam sebuah rumah
(rumah atas ni) dari kekejaman Nazi. Di sebalik rak buku ada bilik rahsia
kecil di mana dia menghabiskan masa dengan menulis diari.
1942, the annexe kena raid dengan pihak nazi
Anne Frank died in Bergen sebab sakit
Panjang giler queue, sebab nak masuk bilik kecil tu
sekali masuk few people je boleh so takes time



Ini rumahnya dari luar


Canal cruise harga euro 26 atau 16 tak silap

Sebut Amsterdam, mesti ingat canal dari benda2 lain



HRC, aiyokkk dah terjebakk dgn fm HRC
sebab depan hostel saya balik la kejap dlm 30 mins



Depan HRC


Rembrandtplein



People watching kat area ni
sini banyak pub and night club katanya
tapi waktu ni ramai tourist je



eh ofis booking.com!
saya banyak guna web ni utk book accommodation
suka konsep book first pay later and boleh
cancel sebelum tarikh2 tertentu

Dari sini saya berjalan kaki ke Dam Square (15 minit jalan kaki my phase)
taktau la apa motif, sekadar tarik nafas hembus menapak ke Chinatown plak 
Err takde gambar la pulak, seingat saya, saya beli coklat kat Albert Heijn
pastu lepak sambil tengok orang lalu lalang
Dah bosan saya pergi ke Red Light District, pergh cerah biji mata
lulz


time ni dah pukul 8 malam



Banyak museum seangkatan


tengok pe tu bang?
Time ni cikcur dah start meniaga
ada dari size S hingga ke XXXXL
yang XXXXL tu diorang letak kat hujung2 corner  tersorok skit
hahaha kijiammm


Tak boleh ambil gambar diorang ye
mereka ni ada union, kelas gitu.. kerja korang ade union2?
diorang ni bayar tax kat goverment and kerja diorang halal 
di sisi undang2
bak kata host saya, kalau panggil whore teruk benar bunyi nya
kalau sex worker mcm suci dlm debu la skit hahaa
btw waktu gini curtain dah banyak tutup
maksudnya ada customer la tu dalam bilik

Then saya jalan cari tram
Serius tak jumpa la plak, sampai lalu dark alley
ayokkk, baca doa je banyak2
Nasib baik sampai gak ke tram station




Ini depan hostel ni, pukul 11 baru sampai
waktu ni ada busker, dia la main gitar
dia la menyanyi
dia la menari macam ayam patuk padi
hahaha saya ada rakam video dia



Ni lorong hostel saya, masih meriah

Masuk dorm, eh eh aku sorang je?
Ingat saya dah lewat rupanya diorang lagi burung hantu
Paginya, last day..bangun awal, pukul 5.30 kut, semua orang
still tidur
Buat apa2 yang patut dan keluar ke Vondelpark, jalan kaki





dapat jugak word Iamsterdam yang takde orang 





Ada exercise group
trainer semangat gila



Tengok orang exercise sambil makan coklat
Kalau kat rumah tengok the biggest loser
sambil menyantap nasik hahaha



Incik bangau ni naik dari tasik







Tenang je

Pukul 9 saya balik ke hostel, had breakfast
Lepak sampai waktu check out
Ambil tram ke Amsterdam Centraal and took train
to Schipol
Actually saya tertinggal quite a few places in Holland but
that's fine, kalau ada rezeki pasti ku jejaki kembali negara kincir angin ni
Bye Netherlands!!
Saya masuk UK via Edinburgh, Scotland
Harapnya rajin tulis entry dengan cepat





Friday, May 15, 2015

Berlibur di Kota Amsterdam


Hi

Dah berkemas kemas, babai2 dengan host saya pun keluar
meninggalkan rumah, barulah nak ambil gambar Almere
Almere kawasan baharu untuk tujuan perindustrian







Kat sini ada kedai halal jual kapsalon
alaa lupa laaa sebab sibuk sangat nak gi Amsterdam


pic googled
Kapsalon makanan Dutch, ada fries kat bawah
then shawarma meat and melted gouda cheese
then tabur sayur, mayonis and sauce

Beli tiket untuk pergi Amsterdam
Netherlands (generally) Amsterdam (specifically) ni satu je untuk pelancong
transportation tak integrated, setiap satu dimiliki syarikat
yang berlainan, kena beli pass asing-asing
Contoh untuk intercity/regional train under NS company
beli tiket kat machine, boleh guna coins aje, notes tak terima
Kalau nak beli kat kaunter tambahan 1 Euro dikenakan
Let say Almere - Amsterdam Centraal harga Euro 5,10 
kalau beli kat kaunter jadi Euro 6,10.
Bus pulak under Connexxion, GVB dan EBS
Tram under GVB.. pass GVB hanya utk GVB nye transportation je
Unlike Oyster card London taram je underground, overground, bus
tram janji bukan taxi. Even card dah separuh nyawa pun duit dalam tu
dia boleh tolak lagi jadi negatif
Kalau stay lama boleh pakai OV chipkaard tapi renyah laa
Kad harga 7,50 Euro, nak beli intercity ticket kena make sure
at least 20 Euro dalam kad tu
Mungkin diorang nak galakkan untuk jalan kaki atau berbasikal kot


Mulanya nak jalan kaki je within Amsterdam
tapi tengok map boleh tahan jugak hostel dengan centraal
So saya beli GVB pass, Euro 7,50 utk 24 jam



Sori gelap
Platform tram gini je sebelah2


Nak masuk kena touch pass, nak keluar pun sama



Keadaan dalam tram

Hostel saya terletak di Leidesplein, area Hard Rock Cafe
I booked 10 beds female dorm

Hostel sebelah coffee shop
hahaha kau rasa??


Tempat lepak2
harga 16,50 Euro per night incl tax (with breakfast)
ada lagi hostel lg murah tp tengah2 red light district
dan takde dorm untuk female aje, semua mix
eiiii tak sanggup iols!



Check in pukul 3 ptg, lambat lagi
so saya mintak diorang simpan backpack saya dalam
storage dulu and will come back later
*mintak map dan suggestions sekali mana nak pergi
they were really thrilled that I'm from Malaysia (diorang pun Muslim)
Katanya ramai sungguh Malaysian dtg melencong melancong
semalam pun ada solo female traveler dr Malaysia check out


Basically ni la dorm nya, termasuk saya 4 orang je stay
Katil belah kanan tu gadis2 dari Switzerland
Eh eh diorang plak interview saya macam2  haha
En suite bathroom, kecik aje

Sebelum check in saya bergerak ke Museumplein, ada Rijkmuseum
dan Van Gogh museum, setakat ambil2 gambar luar je..
traveler marhaen mana cukup duit hahaha
Rijkmuseum terkenal dengan word Iamsterdam
Tapi mustahil nak dapat gambar kosong, semedang penuh orang














Cuaca mendung, kalau ikut weather forecast, akan ada hujan beberapa jam




Cantik,angin agak kencang tp masih selamber 
lepak bawah  pokok. petals sakura tu berterbangan
feeling2 princess kejap hahaha


Bangunan apa pun taktau
amik je gambo



Ini plak musem Van Gogh
tengok ramainya beratur nak masuk dalam
Kesian Van Gogh, dah mati baru dihargai :(



Atas bukit ni pun orang melepak



Setiap penduduk memiliki sekurang kurangnya 1 basikal






Mode of transportation dalam Amsterdam utk local adalah basikal
kemungkinan utk accident dgn basikal adalah tinggi berbanding kenderaan lain
tapi cutenya basikal bawak anak tu!!

Next destination, Albert Cuypmarket!
Dah sampai  tu hujan selebat lebatnya, tumpang berteduh
di bawah satu payung besar luar pub..and then ada mamat dutch
join sekali
Terus mintak recommendation mana kedai ikan herring yang best,
dia ada sebut la 3 block lagi gitu gini
*rakyat Netherlands boleh bertutur at least 2 bahasa

Selepas hujan


Ini kedainya!



Menu dan harga



yang ni mcm smoked fish



yang ni raw




and this is mine!
ikan herring mmg tak dimasak langsung
mentah sementah mentahnya
agak yuck la taste dia tp demi
merasai makanan kebangsaan dan harga 3 euro ku gagahi jua
macam masuk fear factor rasa 
terkulat kulat menelan

Lupa nak cerita another makanan kebangsaan dlm post lepas
Stroopwaffle, waffle bulat Dutch


Kalau kat Zaanse Schans, diorang jual dalam tin cantik2
tapi too sweets for my liking
I'm sweet enough to eat sweet foods
Matiklahhh masuk bakul

Seriously banyak fabric cantik2 dijual kat Albert Cuypmarket
sangat cantik! even yang macam dijual kat pentas runway pun ada
pelbagai laces etc, haihh mujur takde duit
Saya beli magnet aje la situ, 6 pieces for 10 Euro, mahallll
dah alang2 lalu baik beli takut nanti takde kesempatan dah

Kembali ke hostel untuk check in dan meluruskan pinggang
Kemudian keluar ke Dam Square naik tram untuk melawat kawasan





Jatuh ke atau sengaja park mcm ni?



Dam Square



Madame Tussaud, tak masuk pun



remind me of my son, suka kejar pigeons


tempat kejadian semalam




classic tram



Royal palace

Saya berjalan ke Damraak Street, sini banyak restaurant halal
tapi saya tak makan lah dek tekak masih loya
Pergi souvenir shop beli magnet lagi, aduhh magnet Netherlands
cantik2








haha ini kat kedai souvenir, ada ke yang beli?
dah la mahal






Balik ke Dam Square tiba2 ada  truck tentera
bila masa korang letak?


Wahh lenguh la tangan, sambung nanti la ye
(Anne Frank's house, canals, red light district, Chinatown)

To be continued..