Thursday, December 10, 2015

Kisah dari Pavia menuju ke Florence

Salam..hi
Lama tak update blog sebab busy, so saya dah balik Malaysia for good
dengan berat hati, hari2 terakhir asik menangis jer.
Bila sampai Malaysia jerebu teruk hence sakit mata selama 3 minggu!!
Attended an interview to work with the ministry dlm keadaan mata merah.
Dapat 2 offer tapi tolak sebab rasanya buat masa sekarang adalah lebih baik
teruskan kerja yg ada mcm biasa..

Ok back to the travelling story
Malam sebelum bertolak ke Florence ber'what's app' dengan husband..tanya pasal
next destination kemana. I said tomorrow Florence then Naples, from Naples I planned to
go to Pompeii, Amalfi Coast and Capri Island then patah ke Rome. Dia macam what?!! Naples??

Him: Itu bukan antara tempat paling bahaya dalam dunia ke? I watched Discovery Channel pasal
pro pickpocket dekat New York dan bila dia pergi Naples dia pun kena pickpocket tanpa sedar.
Me: I'm aware about that, but I want still want to go. Can you google for me how to stay safe in
Naples? (hihi)
Him: *senaraikan cara2 how to stay safe* dan sempat lagi pesan..jangan cari gaduh kat tempat orang
(tu dia 6th seorang suami)..*tanpa disangka memang saya ada bergaduh dengan orang, satu di Florence dan satu di Naples (yg ni agak teruk)

Esoknya boyfriend my host hantar saya ke train station. Macam cakap ayam dengan itik huwaaa..dalam kereta saya tengok banyak casing Gucci so saya pegang satu dan tanya how cheap
is Gucci here compared to other countries? Tau dia jawab apa??? Dia sebut nama gf dia dan put back put back. Prfttttt ko ingat aku mintak satu ke Gucci???
Actually si David ni dari yesterday cakap, lebih kurang gini lah..if i were you, I won't go to Southern
Italy, it's dangerous..a lot of mafia
Dalam hati iols *ahhh nak pergi jugak! Bila lagi ada peluang?*
Turun dari kereta dia, bukan main pesan take care segala. Dan cara2 nak jalan ke train station
mix bahasa Itali dengan English..tak paham pun, tapi angguk aje la..cara orang luar nak berpisah kan jenis berpeluk tak kira laki pompuan, so saya galas beg dari depan hahaha nak elak..babai2 je.
Mesti aku kena cop sebagai rude. Semalam semasa balik dari makan rumah jiran pun time nak balik ku pura2 rajin, angkat bowl buahan2 nak bawak balik so tangan penuh takde la mereka nak peluk2
hihihihi. Ahh takpela bukan jumpa lagi pun!

Disebabkan tiket untuk ke Florence adalah dari Milan, so saya terpaksa beli tiket lain dari Pavia ke Milan. Disebabkan kesuntukan masa utk catch train, saya tak boleh beli tiket dari kaunter sebab ramai manusia. Kena beli dari machine. Tetiba dangg, mesin tu tak terima cash, kena pakai card. Haiyooo dahla takde card credit, dengan berat hati pakai debit card (tak suka pakai debit card sebab nanti kena tolak extra currency charge, rugii!!).

Naik trenitalia


Seat yang best (dalam cermin) belah kanan semua ada orang
so terpaksa duduk kat luar macam ni
I duduk belakang awang gagak hitam tu
kena pull out seat dari dinding train

Dah sampai Milano central station, tunggu dlm 40 minutes to board train ke Florence. 
Train yang ni mahal sikit kununnya ada wifi tapi hampeh!
Ramai nau begger datang mintak duit..pakaian macam gipsi

To be continued...













Tuesday, September 8, 2015

Bersiaran dari Salzburg



I am in the middle of travelling. Salzburg is such a beautiful city, like a fairytale town. Will move to the next stop in couple of hours.
That's all, wish me safe and sound. See ya

Thursday, September 3, 2015

Like a local in Pavia, Italy

Hi

Jujurnya saya tak tahu pun kewujudan Pavia hahahaa, Pavia macam pekan kecil yang ada kampung.





Dalam profile host saya tulis tinggal dengan friends, so ok la. Then she approved my request and told
tinggal dengan boyfriend skg..ohh gasaklah

Trenitalia

Tiba di station train Pavia, saya dijemput oleh host and her boyfriend (tak reti English 90%). Rumah diorang setengah jam dari situ. Host saya pot pet pot pet la bercerita, nak sampai rumah tu dia tunjuk kilang..itu kilang boyfriendnya (Davide)..kilang marmar. Pastu masuk dalam kawasan apartment. Dia cakap ok satu blok apartment ni Davide punya. We're going to give u one unit to stay. Hah??! Ko rase?? Dapat tingkat yang paling atas, segalanya marmar..dah Davide ada kilang marmar kan. Wowww!!! Pukul 8mlm we had dinner together dekat their apartment...homemade pasta with green beans..sedap giloss

My host buat plan to take me tour Pavia naik basikal. Basikal dekat garaj rumah mak boyfriend nye..
Esok bangun awal lah konon..dah 20 tahun tak naik basikal seriously!














Peh mencabar lah jalannya..yang dalam pekan oklah sebab tar kan..masuk sungai ni kena naik bukit
denai, berpasir bagai..lepak tepi sungai bawah pokok bersembang, girl's talk gitew lah katanya.


Masuk pulak day market naik basikal, ramai orang..kena kringg sana kringg sini ahaha






beli lunch






kami berpiknik di belakang pasar


jangan cakap ahkak tak payung..yang kiri bawah tu vegetables goreng tepung
segala mak nenek cauliflower, zucchini, carrot digorengnya




I bought table cloth dari pakcik ni, dapat diskaun
Peramah sangat!

Then jalan2 Pavia, banyak church dan pegi juga to her university








Orang yang menemui Voltan penah study di university ni

ceramah nutrisi tapi dalam bahasa Italy




Dome di salah satu church. Katanya 2nd terbesar selepas dome di Vatican City

Another castle. Lebih kurang sama yang macam Milan. Masing2 keluarga kaya and their children berkahwin to each other and khabarnya keluarga tu jadi lebih kaya. Pastu taktau jadi apa



meliar je tumbuh. gerammmmm!!


Pilihan gelato berbentuk makanan, ada bentuk pasta dan ada bentuk pizza
mcm biasa kena tanya which one yang takde alcohol



Spaghetti Carbonara gelato..ada alcohol




This is mine, alcohol free spaghetti bolognese
gelato ni sebiji macam spaghetti

Muka dah sunburn habis dah, my host cakap balik la rumah mak boyfriend dia
Mengayuh beskal la kami.sampai2 simpan basikal dalam garaj masuk dalam rumah
Humangaihhh makcik tu bervogel sebab panas..selamber je tarik macam baju spital yang ikat belakang tu tapi dia ikat satu je kat depan. Apa2 je lah makcik..ops bukan makcik tapi dipanggil
nona , ayah tiri (nana) Davide pulak lumpuh separuh badan tengah tgk tv..pakai boxer ngan socks aje..:))
Takpe2 pinjam bilik buat apa patut sambil tunggu Davide yang ada hal datang pick up kami.
Nona (tak reti lsg English) ajak main daun terup. Hahaha I had to lower my gaze sebab baju dia ikat satu je masih nampak la kan...sambil main poker sambil bersembang, my host jadi translator.
Nak tgk my son, so tunjuk handphone kat dia. Abih satu gallery dia selak :)). Tengok gambar fridge magnet pastu beriya tarik saya masuk dapur tgk koleksi fm dia. Comel k nona ni!

Dalam sejam lebih Davide jemput kami, aduiyai cupp cupp nona cium pipiku..sokmo orang laga2
pipi aje kan. Babai2 suruh saya datang lagi hahaha..

Malam tu kebetulan Juventus VS Barcelona. Host saya pesan pukul 8 malam turun, tengok bola sambil makan2 kat rumah jiran. Jiran2 akan berkumpul. Haaa okeh. Malam tu pergi rumah jiran (unit sebelah je dengan host). So knowing I'm Muslim jiran dia buat nasi apa tah..isinya sayuran dan olive oil, lepastu disejukkan dalam peti ais.


mcm nasi goreng tapi bukan

We had dinner and each of them had wine and champagne, saya sorang air kosong..tp insist jugak utk join toast. ahahaha diorang cheers wine saya cheers dgn air kosong jahh

mungkin diorang taknak buat saya rasa terpinggir
pic googled


Tengok bola sambil melayan aiskrim. Yang peliknya sorang pun tak sokong Juventus ish ish..korang kan Italian kenapa sokong negara lain pulak?  Barcelona score punya la riuh bersorak happy. 
Lepas habis bola terus naik atas sebab esok nak catch train ke Florence pulak.

Till then,













Wednesday, September 2, 2015

Seharian di Milan, Italy

Hi

From Nice to Milan, saya naik Thello train..tiket beli awal sebulan  harga pun dah meningkat.



Rasanya hampir £40. Saya bergerak keluar dari rumah host awal pagi. About 6.30am.
Host dan anak2nya dah wish selamat tinggal, peluk2 malam sebelumnya sebab katanya jenis tak
bangun awal hahaha..ok then. Petang sebelumnya saya beli groceries like pasta, sayur, ayam and daging halal sikit untuk mereka (adab menumpang rumah orang kan). They don't know about that.
I left message on their fridge stated that those meats are halal, kalau ada Muslim guest after me
boleh la pakai. Terusss iols dapat review "very nice and sweet girl" hahahaa

Nice  - Milan 4 jam perjalanan with several stops. Seat depan bertukar tukar orang. Yang paling best
makcik Itali, sangat peramah..walaupun English vocab limited kami dapat sembang dan paham apa yang disampaikan . Kat luar scenery biasa2 je









"We are now approaching Ventimiglia and that means we're in Italy now" announcement dari train driver.
Tetiba semua orang bersorak dan tepuk tangan. MOTIF??!! Feeling2 refugee kah?

Pukul 12.50 gitu sampai Milan. It was so crazy that I forgot to zip my handbag!!! Dahlah kat Milan
tu banyak pencopet kan..nasib baik sedar awal. Lesson learned.

Itinerary kat Milan my host sediakan, so senang kerjaku. Dari mana nak kemana..makanan apa yang patut try etc. 









Cari tempat utk left luggage. First 6 hours, 5-7 euro gitulah. Lepas tu cari toilet. Toilet
1 euro beb. So better kosongkan tank sekosong kosongnya. 

Saya beli 2 keping tiket metro. 1,50 euro each. 90 minit boleh guna after validated. From there
ambil M3(yellow) dan turun kat Duomo yang famous amos tu. Nak masuk boleh tapi kena bayar.












Berhati hati dekat depan Duomo, ramai mamat2 scam wooh.. Yang approach saya mamat scam benang dan makanan burung. So dah tau diorang scam kita jeling aje la buat tak tahu. Free wifi here!

Sebelah Duomo is Galleria Vittorio Emanuale, sebuah shopping mall tapi architecturenya fantastico!








Banyak kedai branded tapi yang murah2 tu dekat outlet, kena naik kereta sejam dari Milan. 
Then saya pergi ke Luini, katanya terkenal dengan Panzerotti (fried dough with filling). Ok lah lets give a try.











This is mine, tomato and mozarella filling
tapi makan tak habis coz if I have intolerance with dairy and dough
takmo makan banyak2 nanti tak sedap badan

Depan Luini ada kedai Gelato yang popular, mmg ramai sangat orang beratur..tak beli la baik pegi jalan.

Dari situ menapak pulak ke Via Monte Napoleaone, lorong kecik jual2 macam pasar malam. Tak best pon (read:takde duit). Gambar pun tak ambil, sebab macam biasa sangat jer? Petaling Street lagi happening. Menapak lagi ke Sforzesco Castle yang terletak didepan EXPO Milan

Join rendam kaki dalam fountain ni



Expo Milan 














Takde apa pun

Then belakang castle ni ada park, kat sini saya beli gelato dan lepak bawah pokok
pastu beli magnet..ada 2 tempat yang host suggest saya tak pergi ie, Teatro La Scala and
Pinacoteca di Brera

Cari metro untuk balik ke Milan Central to take train to Pavia (my host's house). 30 minit
dari Milan. 

Till then,
ci vediamo