Monday, September 29, 2014

Goodbye Malaysia, Hello London

Bismillah..
Assalamualaikum semua. Dah lama tinggalkan blog ni bersawang tebal, saya menulis balik sempena menyambung pengajian di London. Kiranya macam diary lah, nanti bila balik Malaysia saya boleh baca pengalaman sepanjang berada di sini. Takde la lupa apa yang berlaku. Dan..boleh juga jadi perkongsian dengan keluarga dan kawan-kawan.

PERINGATAN

- Sebelum saya datang ke sini saya telah bekerja selama beberapa tahun bukannya fresh graduate atau penanam anggur jadi suka diingatkan jika saya membeli benda yang mewah2 sedikit ianya bukan dari elaun belajar saya tapi adalah dari saving saya. Jgn cakap saya guna duit kerajaan untuk bermewah mewah.

- Blog ni bukan nak show off ke apa. So kalau ada yang berfikiran begitu, this blog is not for you. Lebih ramai lagi yang bernasib baik dari saya so tak perlu saya nak berlagak (langsung) tapi kalau nak mengata jugak it's ok..boleh kutip pahala free khennn.

- Pengalaman saya mungkin tak sama dgn pengalaman anda/rakan/keluarga atau sesiapa so kalau ada information tambahan sangat dialu alukan.

15 September 2014, 8.35pm
Perasaan yang bercampur baur,sedih sangat utk tinggalkan keluarga terutamanya anak. Gembira sebab berjaya sambung belajar di luar negara. Saya fly dgn Etihad Airways transit selama 2 jam lebih di Abu Dhabi. Saya ditemani oleh rakan sekerja saya yang stay selama 6 hari.

                                                      Senyuman dalam tangisan

Journey from KL to Abu Dhabi took more than 7 hours. Berazam taknak tidur langsung sbb nak
cope dgn time zone. Perjalanan dari laut apa ntah nak masuk negara India punya lah lama padahal
bila tgk dekat screen nampak tak lah jauh mana. Sempat layan movie Bad Neighbours. Loklaq punya cerita!

Transit di Abu Dhabi selama 2 jam lebih tp waktu malam so tak nampak apa dr tingkap aeroplane. Airport Abu Dhabi luas dan wifi nya free dan laju.


Tengok kekuasaan Allah. Gambar ni saya ambil ketika melepasi Istanbul (area2 tu gak la). Belah yang bercahaya tu adalah middle east yang mana dah pun siang dan kawasan gelap tu kawasan Eropah yang masih malam atau awal pagi.


Cuaca diluar adalah -50'C bayangkan!!!! Wap2 membeku menjadi salji di luar tingkap. Ini kalau ikut di skrin adalah Frankfurt, Jerman. Tengok awan bergumpal comel macam cotton candy. 

Saya selamat landing di Heathrow 20 minit lebih awal. Keadaan di London time tu sangat berkabus dan berawan. Bila tengok luar tak nampak apa..putihhh aje, flight pulak makin lama makin rendah. Nervous oiii!! Sampai di terminal 4, ramainya manusia. Untuk student ada disediakan 'Student's Lane'. Panjang hamattt sampai 2 jam ku beratur Jebat! Saya kena dgn officer lelaki, mukanya masam
tapi urusan saya mudah je. Dia cuma minta passport. Offer letter, CAS letter, tb test report tak mintak langsung.

Keluar dari immigration, saya disapa kuat2 dgn suara yang amat gembira "Helloooooo". It is Judy. Judy ni native speaker yang dihantar ke sekolah saya dulu. She bought me O2 simcard dan merasa first UK coffee di Costa. Well, mmg sedap.

From Heathrow terminal 4 we took underground Picadilly line, kena tukar ke District line di Earl's Court station untuk sampai ke Wimbledon. So so lucky Judy park kereta dia nearby Wimbledon Underground station so that untuk pergi agent rumah ambil kunci takyah la jalan kaki. Dahla tak tahu kat mana, kena guna navigator. Ofis agent tu dekat celah2 kedai x perasan sgt..susah gak nak jumpa,berpusing pusing haihhh. All and all dpt kunci dan terus pegi rumah.


Heart of Wimbledon. Cuma beberapa minit jalan kaki dari rumah saya. Cuacanya sangat nyaman. Sejuk yang nyaman. Lain entry saya tulis pasal Wimbledon dan rumah.

Underground map (pic googled)

Serabut kan tengok. Dulu ketika di Malaysia lagi, saya study camna nak pergi kampus yang terletak di Waterloo (central London) dari Wimbledon. Puiii mmg tak reti laaa! Bila saya sampai sini dlm seminggu saya dah reti baca map ni. Perbezaan warna line tu. Cumanya saya tak hafal la semua station.

Okla, till the next enrty yang taktau lg bila haha. Mohon semua doakan saya disini. Thank you..