Showing posts with label London. Show all posts
Showing posts with label London. Show all posts

Tuesday, March 10, 2015

Kena saman di London

Life is not just a bed of roses here
Yang dipotray kan hanya cerita best, travel etc
that's why ada yang kata seronok nampak
padahal???
Yang buruk2 malas nak cerita secara bertaip
kalau jumpa bersembang, share2 ok la
but this one I think boleh jadi panduan dan pengajaran kot?

Ok here is the case
Tenancy agreement bermula pada 16/9 while course bermula
22/9 so ada seminggu gap
We thought sebab we're full time student so tak payah la bayar
langsung council tax tapi nehi rupanya yang seminggu tu pun 
kena bayar jugak..out of £1 thousand plus kami kena bayar dalam
£48 for 3 months installment

First month ok, but second month kami dapat surat cinta


Puncanya kami terlewat 4 hari
My always confident to the max flatmate Norish cakap
'ok takpe, dia nak kita gi court, kita pergi je court'
haa gittewww :))
Tapi dia call, council suruh email recovery dept

Then, I seek professional help kat my uni
Ingat walk in je boleh meluah perasaan terus rupanya
kena set appointment la plak


Dalam 5 days later, I met the legal adviser, Steve
kat Macadam Building
Bla bla bla cerita, dia cakap ok I call the council now
but I need you to verify to them that you are KCL student
and  I'm an advisor
Ok, dia call council and passed the phone to me
Yang kelakar saya yang potpet potpet kat council tu
pasal problem and how to counter the summon (dgn alasan
student takdak duit hihihi)
Steve kat tepi terkebil kebil
Bila dia suruh bayar jugak baru pass kat Steve sebab ku
takdak idea dah nak cakap apa

Hasil perbincangan memang kena bayar sebab dah masuk sistem
Kalau buat bodo je boleh kena bailiff and the visa will be affected
Nasihat Steve, cuba nego dgn council utk bayar secara installments
utk beberapa bulan yang rasa mampu

Yelah, baiklahhhh
So, esoknya mengarang la ayat bodek kesian mintak bayar utk
sekian sekian bulan
Nasib baik diorang setuju
Hehehee alhamdulillah

Moral of the story
Buat student je, employee takyah mmg korang kena bayar council tax.
Kalau tinggal di private accommodation make sure you check
your tenancy start bila, kalau datang awal cuba nego dgn agent/landlord
untuk adjust date kat agreement
Kami taktau ok pasal ni, ingat student free je la
Tengok tempat juga kat UK ni, ada student yang bawak spouse
certain location spouse kena bayar tax, ada certain location
tak payah, so semak sebelum datang
semak sebelum kena
kalau tak semak kepala wooo

Sekian





Tuesday, October 28, 2014

Workout in the park

Hi peeps
Boleh ke tulis yang saya sebenarnya suka exercise
Sebelum saya berkahwin dan jadi guru saya ada
banyak masa lapang disebabkan komitmen yang rendah
Setiap petang lepas kerja saya WAJIB pergi gym
Spend 2 hours at the gym..
Kalau weekend tak kuar dating (huhu) saya akan pergi gym
pagi sekali dan petang sekali. 2x per day!
Boleh dikatakan saya addict dengan exercise dan gym
Sampai bulan puasa pun saya train macam bulan tak puasa
hasilnya jadi sangat skinny


Lepas kahwin, slowly saya tinggalkan sbb rasa seronok sgt kawin puiiii
kahkahkahkahkah
Yela, kalo lapar pukul 2-3pagi pon boleh keluar sama2 dahla
membantai kat restoren mamak jer
Suami saya pun time awal kawin bukan main solehah
masak macam2 untuk saya, Mexican foods la, English breakfast la
haaaa 6 bulan pertama jer ye pastu yang hado
Time tu saya dah start gain weight
Plg worst ketika pregnant saya pigged out habis habisan
Menyesal sangat bila kenang balik sbb saya bagi anak saya
makanan yang tak berkhasiat, dahla jadi gemukss

I lost my luxury time after that,dgn kerja yg sgt demanding
Saya jadi lethargic at the end of the day, all I want was good
sleep, but being a mother..jgn harap! :(

Now I get back my luxury time, even for a year
I want to bring back the fitness mojo so when
I return to Malaysia, I can do home workout etc
Now I can spend many hours at the gym without
worrying to fetch my son, to cook, laundry,
folding clothes, mopping, to do work bla bla bla
I can go once, twice, thrice per day pun takpe
I am really GRATEFUL for this opportunity!

Enough ranting, last weekend saya bersenam
di taman berdekatan dengan rumah

Cuaca sejuk nyaman, buat sprinting pun tak keluar peluh
cuma heartbeat laju
Sweet je saya tengok parents yang jog satu family tolak stroller anak
Ada yang ajar anak berjalan, ada yang bawak anak main skuter


Time saya buat bench step ups ada seekor anjing ni teruja betul
Tetiba berlari ke arah saya, nasib baik pakai collar
Saya cool saja berdiri atas bench, senyum dan cakap kat owner
"he is cute" 
Ekceli saya rimas dan lemas dgn orang yang kalau anjing ada
dia freak out gila, just stay calm dahla..
kalau ko gelabah gedik2 memang la anjing tu nak menyentuh ko
kalau calm dia setakat lalu je sebelah
"Don't let the dog smell your fear" gittewww

Candy!!!

Rindunya kelas kettlebell Bro Azlan
Bukan belajar kettlebell jer tapi primal moves sekali
macam merangkak (bear crawl)
merangkak lah kami area Taman Botani
hahaha sweet momento

I'll go to the gym tomorrow to press those candies!
Cannot wait...

Till next post,
Au Revoir


Monday, October 27, 2014

Notting Hill & Portobello Market

Hi peeps..
Hari ni cerita pasal Notting Hill and Portobello Market
Sangat lovely, banyak je movie yang di shoot kat sini
terpaling famous mesti la Notting Hill, yang Anna Scott
(Julia Roberts) dan Hugh Grant berlakon...
*terngiang lagu 'She'


To get there,you can commute by underground and halt at
Notting Hill Gate Station..naik bas pun boleh tapi taktau number

Hahaaa..kasik cann

Along the streets banyak kedai baju, kasut, beg murah2
Kedai yag GBP5 saja pon hade, kedai vintage pun hade
memang best!





Dari Notting Hill ke Portobello Market cuma perlu jalan kaki
lebih kurang 8-10 minit jer, along the way tu jumpa ramai Spanish
Portobello asalnya ialah Puerto Bello, kan nama Spanish tu
Dulu tempat ni kawasan immigrant sebelum berlaku pemutihan
Pastu makin lama makin naik sbb byk filem shoot kat sini




Sini bangunan rumah suka berwarna warna,lain warna dari jiran
Saya rasa itu pun menambah keunikan Portobello
Malagnya saya belum pergi ke rumah Hugh Grant yang berpintu biru tu :P


Di Portobello Market banyak dijual aksesori,silver and pewter, vintage stuffs
ceramics, fruit stall, kedai makan...




Coffee Shop tempat Hugh Grant minum kopi ^_^




Kat market banyak jual crepes dan Belgian Waffle
Try Belgian waffle, ok laa sedap bila panas
bila sejuk, keras
Mungkin boleh try real Belgian Waffle on
the next trip to Belgium next month

Heck calories!

I love food,can you tell?


Agak rushing time nak balik
if not boleh pergi ke Notting Hill Bookshop
hahaha

Till next post,
Au Revoir!

















Thursday, October 16, 2014

London Bridge




"London Bridge is falling down,
 falling down, falling down,
 London Bridge is falling down,
 My fair lady"


Kalau sebut London Bridge mesti terbayang bridge yang ada warna biru tu kan?
Actually disini tak dipanggil London Bridge tapi Tower Bridge
London Bridge tu jambatan biasa, bukan yang seperti kita tengok dalam gambar

Saya kesini 2x, siang dan malam
Waktu malam saya datang tu memang cantik, full moon
dan kebetulan ada kapal lalu so road tu split keatas

Layan gambar jommmss..

Waktu siang





Waktu malam






Tuesday, October 7, 2014

Living in London

From student's perspective only, employee and expatriate might be different. Well, there are differences..

House/flat

To have (rent) a house/flat on your own or share with another person is impossible so the solution is to find one in zone 3 or greater. Rumah di Central London sangat mahal melainkan sanggup share beramai ramai, even share bilik pun. Takde privacy disitu, tapi kalau tak kisah just go with it. Tapi kalau boleh elakkan dodgy area sebab sangat bahaya (high crime rate), kawasan yang ramai tourist pun agak semak hahaha. Student dapat exemption dari bayar council tax.

Transportation
Saya guna public transportation. Very efficient and timely. Saya guna Oyster Card yang mana boleh naik semua jenis public transport kecuali taxi. Dari rumah saya (zone 3) ke university (central London, zone 1) hanya memakan masa 20 minit naik National Rail (overground).


Student photocard (atas) boleh dapat harga student tapi masih mahal bagi saya GBP 98.70 per month. Mahal kan??? So kena la fully utilized iaitu pergi berjalan selalu nanti rugi bayar mahal2 duduk rumah atau pergi balik kelas je. Rasanya kat Malaysia pun ada kut konsep macam ni. Naik turun la berjuta kali pun pengangkutan awam harga tetap sama bulanan. Kad kat bawah tu untuk orang biasa, saya guna kad tu sebelum dapat photocard.

Makanan
Kalau makan dekat luar memang mahal, 6 pound ke atas sekali makan. Masak lebihhhh murah, barangan mentah sangat murah. Bagi orang Islam takde isu makanan halal sebab halal butcher banyak di sini. Baby chicken 2-3pound, beef pun murah berapa pound tah. Ikan mahal sikit. Vegetables la heaven 99 pence je kebanyakan. Kalau pergi market lagi murah. Beras basmathi pun terlalu murah. Dekat sini hari2 makan nasi tapi berat tak naik, siap lose inch lagi lol.

Pakaian
I swear on Primark, saya kan Primark Queen.  Range harga Primark GBP2.50 - GBP30. Selalunya yang mahal sikit tu baju winter, overcoat dsb. H&M pun murah,spender quality 3 helai GBP7 kat Malaysia spender Scarlett 3 helai RM10. Oh ya kalau dapat allowance in GBP, jgn convert..
Jenama lain saya belum pernah beli lagi. 

Menggila di Primark Kingston

Entertainment
Memang London is lively, celebrities pun selalu turun buat promotion. Nightlife pun best la bagi orang yang suka. Tapi saya entertainment setakat tengok wayang atau concert je la. Club, bar are not my forte. Cuma saya ada la peluang untuk menonton teater since theater is just walking distance from my house.

Jalan-jalan
London ni besar ye, saya terkejut bila ada yang kata London ni overrated. Puhlizzzz ko mesti jalan area central je kan?? Sebenarnya selain central banyak lagi bandar2 yang menarik dalam London.

Style
Orang di London kebanyakkan nya memang stylo mylo. Pakaian mcm model, muka bermekap sentiasa (bkn semua). Sekarang ni pakaian saya ditentukan oleh weather forecast haha.


Till next time, thank you for your time..