Kalau google gambar Bergen, for sure gambar macam ni yang keluar banyakkan?
suasana senja di Bergen
Ok sambungan dari entry lepas.
Keluar dari rail station, saya mengagau cari hotel
kalau ikut description, hanya 5 mins walking from the station
and then saya dah save dah cara2 nak ke hotel but being me
selalu silap jalan, berpusing gak la (kali ni pusing tasik) haha
rupanya simple je keluar station belok kiri jalan straight
Hotel ni takde reception counter, konsep self service
maknanya bila sampai tu ada mesin, kita kena letak
reservation number dan card sendiri, mesin tu akan issue
details spt bilik no berapa, password wifi etc berserta kad bilik
the machine
Walaupun budget hotel, bilik luas dan bersih
ada wardrobe lagi dan dua bantal tambahan dalam almari
Saya book shared bathroom tapi bukan semua boleh suka2 share
2 room share 1 bathroom, dah tulis siap2 nombor bilik kat pintu bathroom
Bathroom and toilet, walaupun sharing tapi sangat bersih macam kat
rumah jer
I took my time luruskan pinggang, whats app ahli keluarga dan Rapidah (kolik)
nun jauh di bumi Malaya
Pemandangan dari luar tingkap bilik
Diorang ni jenis buat rumah atas gunung patutla masing-masing
selim melim, termasuk makcik, pakcik tua
Muka pun bersih, jenis clear agaknya sebab udara yang bersih
dan kawasan pergunungan kot?
My early thought, sapa lah yang gigih sangat buat rumah kat puncak
gunung tu? I got the answer tomorrow morning
Puas rehat, saya keluar tanpa ada direction just nak tengok apa ada
Saya tanya kepada gadis gerai serbaneka kat mana fish market
dia tunjuk satu bangunan moden
No, I meant open air fish market
Oh, it will be opened in May
Frust!
ishhhh I don't want this kind of fisketorget!
melayan senja di pelabuhan
soba je for dinner *sob sob*
balik hotel, turun bawah kat communal area
jerang air and study map sambil makan megi
mo ke mana esok?
Frankly speaking, macam takde apa sangat kat Bergen
ke saya yang tak tahu?
Looking at the map, point of interest banyak dekat city centre
yang jauh sikit rumah artist dulu2 Edvard Munch, train museum
tu je la
So tak payah la saya beli daily pass
Daily pass over mahalnya, double dari Oslo
200 kron gitu! haihh tak payah tak payah
Sebenarnya orang datang Bergen untuk fjord experience
because Bergen is the gateway for fjord
Yang tu sangat best tapi saya tak ambil la tour sebab mahal
sangat, dalam £105..
Nak buat sendiri tour masa pulak tak cukup sebab mengambil
separuh hari..tour dalam youtube je la *nanges lebat*
Tidur tetap nyenyak walau tempat baru
walau sorang2
Tanpa menyangka akan berlaku kisah mencemaskan
dan memalukan pagi esoknya
*subuh 4.30 pg* tidur balik
Woke up by 6.30 am terus belek handphone, berinternet,
berwhats app, mengoogle
"Dahla, pergi mandi la pulak
Nak kemban ke nak pakai tshirt? bilik air sebelah je
Eh takyah la kemban, kang orang lalu seksa je"
So, me with tshirt and towel je, grab barang mandian
slipped my sandal and keluar tuju shower room
tutup2 pintu bilik DAMNNNNNNNNNNN!!!
Terlupa bawak kad bilik keluar sekali
Hoih bengong btul laaaaaa
Pagi tadi mamai2 pun boleh pulak bawak card!
Ahh gosok gigi dulu then turun bawah mintak
temporary card ke apa
arghhh takde orang pun kat operation room
dahla ramai orang berkuntum kat communal area
semua pandang semacam
Saya pun tunggu kat cafe sebab takde orang just the owner
Saya bagitau dia yang tak bawak card and he asked me to call
nombor dekat pintu operation room tu
I was like how on earth to call them? I don't have my phone with me
He offered to call the security but security tu punya alasan ada kerja
office hour pukul 9 baru datang..
Puiii maknannya I got to wait 1 jam setengah lagi dengan tshirt and towel
What an embarrassment! Wrapped my hands around my body to cover
apa patut lol and the cafe owner (Roy) asked me
Are you cold? I give you black coffee
Sure, thank you (sapa tanak kopi pree hahaha)
Killed the time by chatting with Roy
Dia dari Vietnam tapi tinggal di Bergen dari umur 10 thn
Maknye bawak..dah 28 thn
So boleh teka umur Roy 38 tahun hehee
Sembang2 pasal living cost, tax, travel, London, future bla bla bla
sampai pukul 9 baru la orang hotel masuk kerja
Pheww, dapat kad sementara
Without any further ado, teruslah mandi dan bersiap sebab
timing dah lari
First destination.. Mount Floyen
Untuk naik atas gunun, kena ambil funicular di station Floibanen
harga 85 kron return
Kalau gigih, boleh ambil naik saja, turun jalan kaki dlm masa sejam
Dalam station
Dalam funicular
As we ascending the mountain
lalu rumah2 orang
Nak sampai dah
weeee sampai
Inilah yang saya sangka rumah di puncak gunung
rupanya restoren
Playground pun ada
Benda yang hodoh tu Troll, ada lah lagenda dia
ala2 Sang Kelembai
Souvenir shop
Pemandangan dari atas
Ibu-ibu Bergen beriadah secara hiking sambil tolak stroller
use what mother nature gives you
Dah puas mari kita turun
Then saya ke Bryggen Hanseatic Wharf
Listed as one of UNESCO sites
Kalau tengok just bangunan dan lorong2 kayu yang berwarna
Perut pun dah start bunyi2 baca review
restaurant ni bagus, makanan sedap
Cari aje binatang bertanduk
situ lah tempatnya
tengok harga langsung tak jadi makan situ
*kuis lantai*
Makan di restoren berdekatan
Tengok menu sambil tengok harga juga
Nak kasi tips, maybe uols dah tahu
Even order ikan tapi kena tanya juga cara penyediaan tu
sama ada letak wine/champagne etc
mintak tap water mujur diberi satu jug
dahaga gile
Halibut apa benda tah with shrimp
asalnya ada white sauce tp diperbuat dari champagne
I asked them to omit the sauce
Didatangi dengan potatoes
Diberi sudu garfu
tapi aku bantai dgn tangan sahajork
Pelik beno makan ubi dgn sudu?
Bland sangat kan so saya mintak sos
"do you have hot ketchup?
yes, we have ketchup"
Sekali dia bagi
huwaaaa ini ke hot Cik Latipah???
tapi mmg takde sos cili/sriracha pun saya pergi check sendiri
kat rak
Ikan memang fresh lah, boleh rasa dia punya sweetness dan juice
Macam ikan kembung yang baru diangkat di jeti Kuala Kedah terus
dimasukkan ke dalam kuah gulai yang tengah dimasak..yummy
Macam ikan yang baru diangkat di laut Kemaman terus dimasak stim
yummy mcm tu lah rasanya
Macam halibut yang baru ditangkap di perairan Norway dimasak
..... masak apa haa?
Harga bikin hidung berdarah 275 kron!!
Tapi mengenangkan itu sekali jer makan kat restoren hadap je la
Saya merayau rayau je tanpa haluan
Nampak menarik ambil gambar
Bryggen museum
Ayah dan anak
Edvard Munch
Ini la tempat sound of music - ok tipu
itu di Salzburg, Austria
Kenapa bang, susah hati?
Ibu dan anak
teater rasanya, lupa
Aktiviti wajib - people watching
sambil tu saya kira gunung jugak
al kisahnya Bergen dikelilingi oleh 7 sisters (gunung)
awat saya kira ada 6 je? *fail math*
Kemudian saya berjalan cari souvenirs dan kedai table cloth
Terus balik hotel sebab terasa the urge to the toilet badly
Tak sangka kejadian pagi tadi berulang, kali ni bukan tak bawak kad
tapi kad tak boleh akses kat pintu bilik
again, me, towel and tshirt tapi kali ni long sleeve haha
Pergi bawah, diorang bagi kad baru dan seorang pekerja naik
sekali check bateri tempat akses kad
Kong rupanya
Lepas pada tu saya tak keluar langsung dah takut bermasalah lagi
kang kena tidur luar, naya
Kirai2 hasil rembatan dan kemas bag coz dah nak balik esok
Table cloth and tapestry
of cos untuk diri sendiri sahaja
for family, flatmate, classmate and myself
Berangan dan mentido
Esoknya bangun dan pergi mandi dengan berpakaian lengkap
hewhewhewhew, kad bawa dilupa jangan
Nak keluar hotel kena check out kat mesin, campak kad dalam box
Bus untuk ke airport 22-24 min sampai
ke Flesland Airport, Bergen
Jom balik, rindu tilam sendiri
Bye Norway, harap bertemu lagi tapi di bahagian lain pula
British Airways inflight meal
not bad at all, this was vegetarian meal
Touch down tanah ratu terus pergi cari
Tekak Melayu nak buat camno?
Yeah tamatlah kisah Norway
Selepas ni berhibernasi bak beruang kutub
Next trip? ada...ada
(Takziah buat penumpang Germanwings, next plan ada melibatkan
Dusseldorf dan Germanwings tapi dah tukar sbb teringat keteringinan asal)
Plan sokmo ada tapi masa dan duit jer kurang nak ada
Pun begitu pengalaman adalah priceless tambahan lagi
berjalan secara solo
Sebetulnya, Norway tak ada dalam my must visit list
Tapi takdir yang bawa saya ke sini
Yang saya terbook bila tengah stress
Yang memperkenalkan saya dengan Azira
Yang baharulah saya tahu betapa indahnya Norway
Selepas ni saya akan masuk ke fasa stress kembali
Tak tahu la saya nak terbook ke mana pulak
Tapi saya teringin ke Bosnia, satu2nya negara Islam di Eropah
Entah tercapai atau tidak, ku berserah
Till then,
Thank you for your time
No comments:
Post a Comment