Thursday, October 16, 2014

London Bridge




"London Bridge is falling down,
 falling down, falling down,
 London Bridge is falling down,
 My fair lady"


Kalau sebut London Bridge mesti terbayang bridge yang ada warna biru tu kan?
Actually disini tak dipanggil London Bridge tapi Tower Bridge
London Bridge tu jambatan biasa, bukan yang seperti kita tengok dalam gambar

Saya kesini 2x, siang dan malam
Waktu malam saya datang tu memang cantik, full moon
dan kebetulan ada kapal lalu so road tu split keatas

Layan gambar jommmss..

Waktu siang





Waktu malam






Tuesday, October 7, 2014

Living in London

From student's perspective only, employee and expatriate might be different. Well, there are differences..

House/flat

To have (rent) a house/flat on your own or share with another person is impossible so the solution is to find one in zone 3 or greater. Rumah di Central London sangat mahal melainkan sanggup share beramai ramai, even share bilik pun. Takde privacy disitu, tapi kalau tak kisah just go with it. Tapi kalau boleh elakkan dodgy area sebab sangat bahaya (high crime rate), kawasan yang ramai tourist pun agak semak hahaha. Student dapat exemption dari bayar council tax.

Transportation
Saya guna public transportation. Very efficient and timely. Saya guna Oyster Card yang mana boleh naik semua jenis public transport kecuali taxi. Dari rumah saya (zone 3) ke university (central London, zone 1) hanya memakan masa 20 minit naik National Rail (overground).


Student photocard (atas) boleh dapat harga student tapi masih mahal bagi saya GBP 98.70 per month. Mahal kan??? So kena la fully utilized iaitu pergi berjalan selalu nanti rugi bayar mahal2 duduk rumah atau pergi balik kelas je. Rasanya kat Malaysia pun ada kut konsep macam ni. Naik turun la berjuta kali pun pengangkutan awam harga tetap sama bulanan. Kad kat bawah tu untuk orang biasa, saya guna kad tu sebelum dapat photocard.

Makanan
Kalau makan dekat luar memang mahal, 6 pound ke atas sekali makan. Masak lebihhhh murah, barangan mentah sangat murah. Bagi orang Islam takde isu makanan halal sebab halal butcher banyak di sini. Baby chicken 2-3pound, beef pun murah berapa pound tah. Ikan mahal sikit. Vegetables la heaven 99 pence je kebanyakan. Kalau pergi market lagi murah. Beras basmathi pun terlalu murah. Dekat sini hari2 makan nasi tapi berat tak naik, siap lose inch lagi lol.

Pakaian
I swear on Primark, saya kan Primark Queen.  Range harga Primark GBP2.50 - GBP30. Selalunya yang mahal sikit tu baju winter, overcoat dsb. H&M pun murah,spender quality 3 helai GBP7 kat Malaysia spender Scarlett 3 helai RM10. Oh ya kalau dapat allowance in GBP, jgn convert..
Jenama lain saya belum pernah beli lagi. 

Menggila di Primark Kingston

Entertainment
Memang London is lively, celebrities pun selalu turun buat promotion. Nightlife pun best la bagi orang yang suka. Tapi saya entertainment setakat tengok wayang atau concert je la. Club, bar are not my forte. Cuma saya ada la peluang untuk menonton teater since theater is just walking distance from my house.

Jalan-jalan
London ni besar ye, saya terkejut bila ada yang kata London ni overrated. Puhlizzzz ko mesti jalan area central je kan?? Sebenarnya selain central banyak lagi bandar2 yang menarik dalam London.

Style
Orang di London kebanyakkan nya memang stylo mylo. Pakaian mcm model, muka bermekap sentiasa (bkn semua). Sekarang ni pakaian saya ditentukan oleh weather forecast haha.


Till next time, thank you for your time..


Friday, October 3, 2014

Short trip to Paris

Bonjour, comment allez vous? Ana bilkhoir..eh tetibaaa. Cei mentang2 la sign up French class.
Hmm sad news, my French class bertembung with my core module class so maybe kena drop la French class.
Tapi sedang negotiate dengan mlc centre..just see how it goes. Kalau kena drop takde rezeki la nak
belajar French language.

I went on short trip to Paris, yup really short..one day one night. Patutnya naik Air France tapi pilot strike pulakk so naik Eurostar. Lagi bestttt I tell you sebab lalu France punya countryside.


This is the cafe. I bought hot chocolate, tuna and cucumber salad for breakfast, the waitress was very nice. Sampai train station GareDu Nord dalam pukul 9 pagi lebih. Yang peliknya takde pun immigration ke custom ke yang check passport. Memang turun2 train lepas gitu jer. Then beli 1 day pass for Metro, Metro ni mcm LRT la dekat Malaysia cuma stations nya buruk dan trainnya pun agak hampeh.

Disebabkan sekejap je di Paris so we decided to take bus tour called as Big Bus to wander around.It cost about 29 euro. Pergi letak beg dulu di budget hotel dlm 61 euro per night, nama hotel tu Ibis Style Budget Hotel yang terletak di area Babinski kahkahkah namaaa. Area tu dodgy itu pasal lah murah. Bilik hotel macam Tune Hotel punya bilik tapi ada tv, en suite toilet and shower, free 24 hour wifi.

My feet melecet habis sebab berjalan non stop sejak di London. Keluar pagi malam baru balik. A day before beli kasut Clarks for the first time ever sbb before this susah cari saiz so dpt saiz mmg terus rembat, harga pulak mmg murah dlm 34 pound. Pergi Paris dengan kasut baru lah kiranya tapi cissss sgt kaki tetap melecet pakai Clarks pun. Terpaksa beli sandal dekat pharmacy, 35 euro tu!!!! Huhhhh.. Kawan kata kasut berubat sbb tu lah mahal hahahaha

Pergi balik ke tgh town utk cari kat mana nak naik Big Bus, berpusing pusing selama sejam kot tanya orang diorang tak reti cakap English. Dalam ramai2 kat Paris, kurang dari 5 org je yang mahu bantu dr mcm2 segi.


Louvre Pyramid dikelilingi museum

Konsep Big Bus ni bleh je turun kalau nak turun, nanti tunggu next Big Bus.


Daun pokok dah bertukar warna tapi hari tu Paris panas sangat, lebih panas dari Malaysia sampai sunburn kulit muka saya sehingga sekarang belum pulih. Ada orang London tanya saya " are you from Mauritius?" No, I am Latinoz

Love lock bridge

Cathedral

Opss saja amik gambar dia sbb suka style dia very Sienna Miller, pakwe dia pun kamain spek hijau

Champ Elysees (pronounced as Chomp E-lizi)

Kat sini saya just masuk kedai Louis Vuitton je sebab survey harga handbag yang mak saya berkenan. Sempat tengok pekerja LV  buat hot stamping. Pastu masuk Laduree, kedai dia besar dan cantik sangat.

Berhadapan Champ Elysees adalah Arc De  Triomphe

National Gallery

And the final stop mestilah....Eiffel Tower. Besi2 jer sebenarnya 

Bottom view

Alhamdulillah dapat juga melawat

Balik pada tu start rasa lapar yang teramat. Last makan dalam pukul 8 pagi dalam train Eurostar. Sambil2 jalan pulang ke hotel terjumpa satu kedai makanan Arab, Lebanese kot...


Hah amik kau, lapar sgt kann..ni tajuknya mixte. Bawah tu nasi, proteinnya ayam, beef, lamb. Semua ni 10 euro. Kenyang tersandar walaupun tak habis. French fries tak tersentuh langsung dan nasi makan half. Yang penting diratah ratah proteinnya yang super lembut tu. Tauke kedai pun baik, ada sekumpulan customer lelaki yang buat bising, dia suruh tone down untuk menghormati kami.

Keesokkan paginya saya bertolak ke Manchester dari airpot Charles-De-Gaulle dan rakan sekerja saya pulang ke Malaysia. Sedihnya.. au revoir kak fiza :( Nak datang lagi ke Paris? ermmm taknak dah kot tapi mak saya nak datang so bawa kan je lagi. Tak best mana Paris agak kotor kecuali area Champ Elysees dan orangnya suka meludah merata rata.

Nantikan entry mengenai Manchester pula. Je vous en prie kerana sudi membaca. Au revoir!















Monday, September 23, 2013

Telur Ayam Kampung



Sejak menjinakkan diri dengan telur ayam kampung sebulan yang lalu, I never turn back to other eggs anymore...
Mungkin perasaan atau memang betul, telur ayam kampung ni rasanya lebih sedap daripada telur-telur yang lain. I told my colleague who is  peminat tegar egg yolk (but not the albumin) ttg telur ayam kampung ni, she said I don't like telur kuning ayam kampung ni, kuningnya pekat semacam dan terang. Actually itu yg bagus
but it just me yang geli. Ok so I bought the free range eggs but only after 1 week baru makan sbb tersaiko kegelian kolik tadi..

Bila dah makan, terus jatuh cinta! Rasa egg yolk sedap betul. Sekarang stok yang ada hanyalah
telur ayam kampung. Everything pakai telur ayam kampung from main dish, snack and dessert. 
20 biji for 2 minggu!!

Sedikit info tentang telur ayam kampung, this is through my reading and understanding
Telur ayam kampung of course dari ayam kampung yang berkeliaran yang makan cacing, beras
dan bukan yang diberi makan dedak dan disuntik ubat seperti ayam bela. Maka telur yang dihasilkan
adalah semulajadi dan bebas bahan kimia.

Ramai yang takut nak makan telur sebab kononnya telur banyak kolestrol. Ye telur memang banyak kolestrol tapi kolestrol baik yg dipanggil high density lipo-protein (hdl). Yang jahat tu tu LDL, biasa dengar kot?? Kolestrol baik ni sebenarnya dapat menghalang longgokan lemak di dalam hati dan pembuluh darah.

So, takut lagi tak nak makan telur?? Rugi tauu kalau tak makan sebab selain dari banyak khasiat, telur juga merupakan protein yang paling murah dan senang dpt. Nak lagi best, pilihlah aku telur ayam kampung..

Monday, February 11, 2013

Fitness gadgets wishlist


I'm progressing!! *woot woot*. Already had 8kg dan dah boleh swing, push & press, clean & jerk dengan jayanya. Please don't mention snatch, memang x master lagi, asyik bang belakang wrist jer. BTW this brand memang smooth dia punya handle, xde peeling mcm brand lain kat kedai(sakit tangan beb!)

Ecehhh tak menahan kau nak pull up bar! Macam la pandai tp practice makes perfect kan, mula2 tu boleh support pakai kerusi dan boleh gak buat hanging leg raises (good for abs)



Kalau biasa tengok The Biggest Loser mesti tau benda ni. Dah jumpa orang yang jual benda alah ni yang tak perlu tebuk siling pun, harga ratus2 jugak tapi masih ok laa..masalahnya bila nak beli pon tatau hihi, bestnya 
kalau ada rumah sendiri pastu ada bilik khas dijadikan mini gym!!



Untuk mobility exercise / ease tightness atau bahasa paling mudah kalau lenguh2 tu ko berguling la atas ni, ala2 pengurut jugak. Video boleh tengok kat livestrong atau youtube, search ajer Ashley Borden

p/s - ada blog rupanya aku!