Saturday, November 29, 2014

Sheffield



Hello peeps
Dah lama tak tulis blog sebab sibuk, banyak habiskan masa dengan
membaca dan mengkaji journal utk assgmt..
So bila otak tepu haruslah pergi berjalan kan
Pergi tempat orang dan merasai suasana disitu
Pertengahan bulan November saya pergi Sheffield, UK
Sheffield terletak di midland of UK, dekat2 Manchester, Leeds
Liverpool semua tu


Naik National Express GBP10 je return murah kan
Siap ada tempat charger handphone, tempat letak makanan mcm dlm flight
Tapi saya pergi hari Jumaat, busy betul roads pada hari Jumaat
Journey makan masa hampir 5 jam! Tapi tak terasa kerana
permandangan sgt cantik, suasana autumn

Windmill di Lutterworth

Saya disambut oleh 2 orang kawan, Amirah and Azim tapi yang funnynya
first tempat yang diorang bawak was PRIMARK! hahahaha lol
Lepas tu jalan2 jumpa Santa Clause house dan pergi fountain
tak hingat pulak nama tempat tu


Ada scuplture jugak

Believe it or not, dari stesen bas pastu round bandar then balik 
ke rumah Amirah hanya berjalan kaki jer..well kat sini mmg banyak
kena jalan kaki..x blh nak merungut ehh
Dgn berjalan kaki la ngko dpt explore jalan2, kedai yang takkan ko perasan
jika naik kenderaan
So dari bandar ke rumah Amirah dlm 15 mins walking
Cuaca kat Sheffield sejuk, lebih sejuk dari London
Sepanjang masa kalau bercakap dan bernafas asap keluar
Time saya pergi tu dlm 4 - 6 Celcius

Pemandangan dari luar tingkap..6C

Jalan dulu dgn Amirah coz Azim belum bgn tido lagi aparaaa
pastu tetiba muncul kat firth courth lol
Bangunan2 University of Sheffield bersepah serata alam hahaha
Faculty ini dekat sini, faculty itu dekat sana (benda biasa kat sini)



Pokok mati menjalar kat bangunan pun cantik


Park yang dekat dengan rumah Amirah
not the weather that I want tho but still gorgeous 

Museum sebelah park

gloomy je weather tp takpe mmg feeling2 oversea ehh


Tower of architecture ke apa nama dia..
Lif dlm tower ni tak berpintu..ngerinyaa 
Diorang ajak saya naik lif tu alahai saya dah cold feet
mujur tower tu tutup pulak hari tu..syukurrrr


Another park..beautiful!

"Mr Darcyl, Mr Darcyl where are you?" Pride and Prejudice movie was filmed here

Golden leaves, Amirah kata macam kat Poland





Hari ni naik tram sebab nak berjalan2 jauh hingga hujung Sheffield
GBP 4 for day trip..naik turun sampai lebam
Ada satu supermarket tu buat perfume clearance sale
harga start dari GBP 4 ke atas!!!! huwaaa saya rembat 2 botol perfume
cost only GBP 12 for both! Berbaloi baloiiiiiiiii

Late lunch, assorted fish skewer

Then berjalan lagi dan lagi
Dengan cuaca super sejuk
Then balik rumah..
Amirah masak nasi pulak dgn ayam kfc wahhh menantu pilihan ni
Keesokan pagi nya bersiap nak balik London
Naik taxi pergi station bus..taxi driver to was nice
dia tanya saya nak pergi mana then he advised which platform I should
wait..then dia turunkan saya ke platform tu
Saya berjalan nak masuk ke platform lain sebab ada tempat duduk dan bumbung
tetiba lepas 200m dia stop kan taxi dia dan kejar saya
Katanya not that platform..takut saya salah naik bus :)
baiknyaaa...how can a stranger concern about you kan?
So itu je la cerita kali ini
Tak pergi National Park sbb bila hujan bus taknak masuk
So jenjalan kat tempat yang boleh je la

Conclusion nya, Sheffield barang2 murah, sewa rumah murah
bandarnya simple, banyak tempat2 rekreasi dan tak busy
I think kalau bawak family, Sheffield adalah tempat yang patut
di consider

Au revoir!!
















No comments:

Post a Comment