Hi...
Baru nak tulis pasal trip to Manchester padahal dah sebulan dah pergi
Saya balik dari Paris terus ke Manchester selama 2 hari
Lupa nak cerita pasal Charles De Gaulle Airport kat Paris
perghh memang heaven kalau nak shopping perfume, skincare and cosmetic,dah la
tax free, harga jauh lebih murah lak tu
Tengok set lipgloss Dior full size dia pack 5 batang..berapa euro je haiyoo
mujur tak tukar banyak euro..idok bangkrap semua nak beli
Skincare yang mahal2 macam La Mer, La Prairie dia letak atas shelves je so
boleh belek2 tanpa salesperson interruption.
Andddddd saya masuk butik scarf Hermes, salesgirl baiikkk sgt tarik tangan saya
tunjuk itu ini macam la haku mampu
Bagi buku la, pamplet la haaa bagus betul, kalau kat Malaysia, seriyau nak masuk deh
Beli pastries dekat airport, sedap gile nak arwah bak kata bebudak skg..
Dari CDG ke Manchester dalam satu jam. Naik Flybe..first time
saya tengok peramugari overweight dan peramugara tua benar macam
dah pencen kerja kerajaan pastu apply jadi steward sbb taktau nak buat apa
Haaa gitteww analogy
Encik pegawai yang cop passport tu sgt friendly, always smiling beza sungguh
dengan si muka ketat di Heathrow
Beli 1 day pass ticket, boleh naik MagicBus atau Stage Coach
Tengok Manchester surrounding dia memang hommies, sesuai utk yang berkeluarga
kedai makan halal punnnn banyakkkk sgt takde masalah lsg
Pekena nasi dengan kari ayam dekat kedai owner dia Cina tapi halal la
Noodle apa ntah nama kedai
Pastu just round2 naik bus je dulu
Esoknya plan nak gi carboot sale tapi tak jadi sbb bangun lambat muahahaha
So pegi la Stadium Manchester United
Tak masuk dalam stadium sebab kena bayar, tunggu husband saya datang
baru masuk sbb nya kalau masuk sorang pun bukan ceq paham
Sempat rembat tshirt MU yang on sale buat pakai tidur..buat pakai tidur uols!
Then dari stadium jalan kaki ke Lowry Outlet tapi on the way tu ada museum.
Imperial War Museum. Say what?!!!Ok next plzz
Lowry Outlet ni biasa je takde yang menarik, mid range brand je not high end
tapi saya rembat la jugak GAP jeans. GBP14 sahaja yee kawan2..dlm rm 70 lebih
je
Belakang tu Lowry Outlet
Tasik depan Lowry, ko boleh londeh pakaian ko terjun swimming
Rangkaian station tv mcm BBC, itv
After that pergi Albert Square sebab ada Malaysian Food Fest
Actually dekat situ banyak lagi gerai2 lain bukan Malaysia jer
Cuma yang Malaysia dia buat dalam khemah dan
banyak seat.
Beli churros kat gerai Spain pastu gi duduk dlm khemah Malaysia lol
tak banyak choice pun hanya ada laksa Sarawak dan nasi minyak
Ada juga dijual pes mcm pes asam pedas
Dan ada pertunjukan batik fashion show
Round lagi Manchester, lalu University of Manchester, Kaplan Financial
College..sapa yang buat ACCA sini la tempatnya
Pastu balik rumah rest2 kejap keluar makan
Jalan kaki dlm 1 mile lebih sampai la restaurant arab yang fampus kat
Manchester. Restoren Al- Jazeera
Harga murahhhh portion mmg portion org Arab betul, saya makan
siap boleh tapau dan boleh makan lagi utk 2x..perghhh
Sayur separate pinggan lain
Ada perempuan Arab meja sebelah saya, badan halus kecik je makan mcm saya makan
tapi fulamakkk habis sepinggan in one seating je. Tabik dowh!
Hari Isnin, dah nak berangkat pulang ke London
Naik Virgin Train..best naik train ni sebab boleh nampak
pemandangan
First class seat, dapat free drinks and snack
Oh saya ter miss untuk visit Etihad Stadium dan makan faluda
sebab lebih tertarik ndgn aiskrim cone hahaha. Maybe next time..
Untuk 2 bulan ni, saya tak pergi mana just jalan dalam London je.
Insya Allah, awal bulan Disember saya akan ke Rome, Italy bersama suami.
Segalanya dah booked, cuma tunggu husband datang and fly je.
Till next post,
au revoir!
No comments:
Post a Comment