tour Jillian Michaels dan satu kejadian yang kurang enak menimpa
haruslah didokumenkan sebagai kenangan dan pengajaran tapi malas ya amat, malas serba serbi dalam semua aspek kehidpan
Trip ni tak berapa nak rancang pun, actually tujuannya utk rehatkan otak
selepas hantar 2 asgmts, 6k words length for each dan dissertation research proposal.
Bulan 12 dan awal bulan 1 memang memerap dalam rumah ngadap journal dan laptop
perah otak sampai stress tahap gaban. Nak nangis pun ada haha. Orang lain amik feel
Christmas dan berboxing day bagai tapi saya yilek. Focus pada asgmt dan tonton.com
Mula2 nak pergi Glasgow tapi postpone dulu
Then fikir tempat yang tak jauh dari London, yang 2-3 jam dari London
Sheffield dah pergi, Manchester dah pergi so ke mana ya?
First came to mind was Dover nak tengok cliff dan kapal2 yang pergi Paris
tapi winter kuttt sejuk nanti dan manatau angin kuat kat atas cliff tu.
Sooo, I made up my mind to go to other city near to Dover but still in Kent
region, Canterbury.
Landmark paling terkenal di Canterbury
Canterbury merupakah salah satu UNESCO World Heritage site. Bila tinggal di sini
baru saya tau apa benda UNESCO heritage site ni. Rupa-rupanya dah beberapa sites yang
saya dah melawat, Bandar raya Melaka salah satu tau.
Mode of transportation - mesti lah yang paling murah. Naik bas, £11 return. Bagi saya
National Express selesa, ada plug lagi untuk charge handphone ke, on laptop ke
Dari rumah ke underground station Victoria pun direct line meaning that tak payah
naik turun tukar tube. Cuma dah sampai Victoria station kena jalan sikit lah dalam 5
minit untuk ke coach station (dalam gambar).
The bus reached to the Canterbury stop after 2 hours journey. Cari hotel dulu yang dibook
siap2, Ebury Hotel. This hotel terletak dalam 15 minit berjalan kaki dari bus station.
Tapi masih dalam city centre cuma kawasannya agak remote tapi damai.
Sebelah bangunan batu tu station bas,bangunan brown bricks to shopping mall
Ebury hotel milik persendirian, so harga takde la ridiculous
Interior hotel
Ke dining room dan bar
Jom tengok exterior lak
Backyard
Backyard
Indoor heated swimming pool
Tengok bilik pulak, saya book single room
Map mintak dengan receptionist
Fireplace acah2 je
Body, face and hand towel
Wall paper cantik, bunga putih yang timbul. Tak nampak semak
Rehat dan buat apa yang patut dalam sejam, 2.30ptg saya memulakan misi berjalan jalan.
First target saya punting! Untuk sampai ke agent punting tu saya menyusuri
sungai Stour
Agent tu sebenarnya sebuah coffee shop yang cantik, very English like
Saya bertanya mengenai punting tapi malangnya operation ditutup sehingga
April (spring) huuu sadiss bangat. Takpe, nanti pergi berpunting di Cambridge
dan Oxford k, pujuk hati.
OK, next..jomlah ke UNESCO heritage building, Canterbury Cathedral(gambar first)
Uih masuk kena bayar tu, mahal pulak nasib la ada harga student tapi still mahal
bagi iols
Bahagian luar
Masuk sampai bahagian sini jer, tengok tu kubur lama
tetiba rasa ngeri, dahla orang tak ramai..suasana hening pulak tu
mula la ku terbayang hantu omputih hahaha
Boleh lagi masuk dalam tapi taknak la, nak pergi tempat lain lak
Hospital untuk mereka yang buat 'haji/umrah'
Dulu dulu dulu Canterbury adalah tempat orang Christian mengerjakan pilgrim. Saya tak pasti
berapa tempat untuk tujuan pilgrim ni sebab saya tengok kat FB, Maria Kang No Excuse Mom
tu menunaikan 'umrah' kat Israel, pastu swimming kat Laut Mati pakai 2 pieces bikini *pitam*
Tetiba Maria Kang masuk ini cerita
The Westgate
Clock Tower tertua
Old Buttermarket
Heritage museum
Nak masuk museums kena bayar so takpela iols tengok dari luar je
Kecuali satu museum ni seolah olah memanggil namaku
ternampak time nak berjalan ke arah city centre
Gila tak masuk?? Dan bila keluar tu mustahil dengan tangan kosong
Destinasi terakhir buat hari tu adalah St. Augustine Abbey
Sebuah kota yang tak siap
Tak best pun, tengok dari luar je
Sebelum balik hotel tapau fish burger kat Burger King
singgah Sainsbury beli air
tak sabar nak mengirai hasil rembatan Primark tadi
Rembatan yang berjumlah £10 sahaja, jeans tu on sale £3
Seriously tak sabar tunggu summer bila tak payah berboots dan
coat bagai, serious rasa mcm walking Christmas tree
assemble di atas is my style, simple
Selepas mengirai, mandi, makan dan relax2 tengok movie
layan 3 movie sebelum tidur
Esoknya layan English breakfast
English setting dining room, cantikk
Free flow of these
and these
Semua jam adalah sedap
Entitled to cooked breakfast as well, ordered all sans bacon
Tadaaaa
lapik makanan berdoily tapi wa mempunyai anak kecil yang lasak
so tak payah beriya sangat tapi beli je dulu..dia besar kita pasang!
Stay dalam bilik sampai la check out
Sebelum pulang tu buat final round
Canterbury Castle yang roboh
Antara aktiviti wajib is people watching sambil minum hot choc
Time perempuan ni menyanyi ada satu makcik lalu dan berkata sesuatu
And tetiba makcik tu datang pada saya bertanya
"Is that your friend?"
"No"
"She sings too loud" dan terus berlalu
Patutla singer tu nyanyi makin slow lepas tu terus pack barang
Ntah la saya rasa tak kuat pun dia nyanyi, dan ada jugak beberapa buskers
lain area tu
People watching dekat Buttermarket pulak
Time ni saya di approach dengan seorang homeless
English slang pekat gila dengan cakap ala2 berbisik gitu
Dia mintak duit sebab terlalu lapar
Dah bgtau dia homeless saya pergi tanya lagi
"ko tinggal mana?
taktau saya takde rumah..saya lapar sgt
ok nah 2 pound
terima kasih tp blh tak bagi sikit lagi
dah2, tu je yg i ada..pergi mintak kat orang lain plak"
and he left, anggap je sedekah
jom pulang yuk
Bas sampai 15 minit lewat..dah la makin sejuk
sama2 merempan dengan minah dari Spain yang nak gi London
ko tanya aku, aku tanya ko pukul berapa haha
Yeah balik rumah
Harap2 mood rajin update sentiasa ada
My next trip bermula Jumaat ni, doakanlah semoga berjalan lancar
it is an international trip
No comments:
Post a Comment