Monday, June 15, 2015

Nice, Southern France

Hi


Salah satu impian saya adalah melawat Southern France, tak kisah which part. Mana saya tau pasal Nice? Ok, agak kelakar, I knew about Nice sebab Erra Fazira dgn Yusry KRU penah honeymoon di Nice and tengok gambar diorang kat majalah, kalau tak silap her second marriage pun berhoneymoon dekat Nice. Lagipun nama airport dia best, Cote De Azur and alangkah coolnya ada cop Cote De Azur dalam passport saya. Boleh gitu?

View from Chateau De Collins, the same spot gambar hanimun Fahrin Ahmad and wife

I took morning flight so macam biasa tidur kat airport malamnya. Kali ni naik British Airways which is terbang dari Gatwick airport north terminal. Tak best langsung north terminal, takde kerusi yang boleh baring (ada 2-3 je, mestilah dah occupied), kerusi lain yang ada arm rest tu mcm mana nak baring kan? Tapi ada mak kisah, baring jugak sambil sangkut kaki kat arm rest muahahaha. I like British Airways because they are generous with drinks dan makanan pun best, dahla harga murah. Got around £32 one way. 

 At first lalu mainland


Pastu lalu laut, airport sebelah laut jer! Landasan lak lalu laut then pap turun landing


Kalau mampu, boleh la naik helicopter pegi city centre atau Monaco terus
utk rakyat marhaen mcm saya mampu(s) nak membayar naik helikopter


Keadaan arrival di airport Cote De Azur

Untuk ke city centre ada bas khas tapi boleh strike pulak so terpaksa amik bas biasa depan airport
tepi jalan besar. Saya tanya kat information centre tu kat mana nak turun, dia sebut la sekian sekian, tak paham la den..saya mintak dia tulis baru jelas. Kalau tak buat macamtu ada harapan stop kat tempat yang salah.

Sampai ke city centre saya cari tourist information centre yang terletak di hadapan main station Nice iaitu Nice Ville. Just mintak map dan tanya tempat2 yang menarik dan tempat simpan beg. Simpan bag dekat hotel dalam 300m lintas jalan, nama hotel tak ingat la..5 euro per day. Lepas tu mulakan misi meronda!

Ikut je sign




Nice Ville

Yang kayu tu information centre

Nice ni walkable jer tak naik tram or bus pun ok bagi saya. Tempat tuju pertama was Place Maseena.
Dekat Place Maseena ada Jardin Albert 1 dan tempat wap air (don't know what it's called). Place Maseena ni macam square la tempat orang melepak. Ada free wifi!














Saya pun main juga wap air ni 



Apollo, the Greek Sun God









Tak jauh dari Place Maseena is Cours Saleeya, pasar tempatan di Nice. Banyak restaurant, street vendors jual pizza, gelato, buah, ada jual bunga2, hasil2 lavender dari Provence.
















Bought this pizza utk isi perut

Bapak besar, saya suruh potong dua bahagian dan makan sambil berjalan menuju ke Promenade de Anglais. Surprisingly, almost people yang saya passing by semua ucap bon appetit kat saya because tengah makan.Dari gadis waiter cafe, awang itam meniaga keychain, pakcik baru parking moto, akak yang sama2 melintas jalan dan ramai lagi. Malu pulak rasanya sebab makan sambil berjalan. Yelah takkan nak makan sepotong pizza nak duduk kat cafe kot?








Pebbled stone beach







Promenade de Anglais stretches for several miles

Bukak kasut dan main air, saja nak bagi kaki rasa air laut Mediterranian. Dalam gambar tak nampak sangat warna teal nya but in real life it is beautiful.

Dah puas main air dan baring atas batu, saya panjat tangga untuk ke Chateau De Collins untuk tengok Nice dari atas. Nak lalu PDA pun boleh atau masuk ikut Old Town.


cute!





















Apartment yang mengadap PDA, berapa lah sewa sebulan ek??

Lepas puas lepak2 kat atas saya turun ke bawah dan berjalan ke Plaza Garibaldi














basikal terlentang



Patah balik ke PDA for HRC shop and then lalu lorong2 cari souvenir because saya tak plan dah untuk ke bandar Nice for the other days. Fridge magnet mahal sangat!Same goes barang souvenir yang lain.

Tudia my soft spot!!! French table cloth terkenal dengan kecantikan dan kualiti fabrik
rembat satu, 18 euro!!! Ikutkan hati nak beli lagi 2-3, sabarrrr dengan budget yang ada
dan takut tak muat backpack

Sebelum saya ambil bag, saya rehat2 dekat satu bench dan tetiba atuk warga emas approach saya dan ajak saya bersembang. Excited dia maybe saya orang asing atau baya2 cucu dia kot? Tapi dia tak paham English dan bercakap fully French. Basic conversation saya boleh faham dan reply tapi bila dia mengeluarkan ayat2 kompleks mula la aku ternganga. 'Desole, je ne comprends pas' jawab saya.
Dia tanya jugak ayat panjang2 and I started to get bored hahaha dan keluarkan handphone. Eh dia cuit saya suruh ambil gambar. Oklah atuk...


Dia happy sangat, siap ketawa sambil tepuk tangan
sebak lak saya

Few minutes later, dia cakap nak balik siap melambai lambai mcm kanak2. Aduh touching pulak. I hope he has good life dan disayangi oleh anak cucu. Lepas tu saya pun bergerak ambil bag dan menuju ke Nice Ville untuk ke rumah host saya. Di Nice saya bercouchsurfing di rumah single mom anak dua. Dalam 20 minit by train. Yang best nya train dekat rumah dia boleh pergi Nice, Cannes, Marseilles directly. 

Saya taktau nak tulis macam mana, saya memang tersentuh cara mereka menerima tetamu, dahla saya ni stranger tapi disambut dengan cukup baik dan mesra. Anaknya vacuum bilik utk saya tidur dan host saya bersusah payah angkut katil dan awal2 lagi dah belikan ayam halal untuk saya. Sumpah rasa nak nangis. Malamnya dia masak dinner, mashed potato dan ayam grill. For me, dah dapat accommodation pun dah cukup bersyukur tak perlu nak provide foods tapi that is how they receive guest. Lepas dinner kami bersembang2 dia bercerita tentang guests ada yang ok ada yang kureng sampai 3 bulan duduk free siap ngangkut bini lagi dan guna kereta dia mcm kereta sendiri. Ada juga dia adopt homeless girl selama 2 thn sampai lah that girl gained confident utk bekerja (mulianya). She said that dia tak dapat balas kebaikan terhadap orang yang pernah tolong dia jadi dia buat kebaikan untuk orang lain. Ada guest dia dari Morrocco datang betulkan dapur, catkan rumah, pasang lampu etc for free. Nampaknya saya bukan je sekadar berjalan melihat alam tapi Allah bagi saya life lesson as well dari orang yang saya tak pernah kenal, dari benua lain, dan bukan seagama dengan saya.

Then tidurlah, esok nak pergi Monaco. Yeehaa!
Bye














Monday, June 1, 2015

Sampai ke Edinburgh, Scotland

Hi
Dari Schiphol, Amsterdam saya masuk UK melalui Edinburgh (ibu negara Scotland). Actually memang nak datang Scotland but don't know when. Masa awal2 nak book tiket, lepas Amsterdam saya plan nak masuk
Germany via Cologne by train, and then naik ke Berlin, Frankfurt and Munich and masuk Austria ikut Salzburg tapi ntahh rasa macam panjang sangat so why not pergi Scotland je?

Haaa panjang mukadimah tu, so saya naik KLM, the journey took 1 hour plus. Dapat drinks mcm biasa and savoury chips. Biasa- biasa ajer la.. Turun2 tu biasa kena lalu immi, kena officer pompuan, alahai banyak tanya la makcik eiii, dahla cop kat passport buruk, kembang sampai tak nampak tulisan Edinburgh.






Topografi yang bergunung ganang

Saya sampai pukul 3 lebih dan keadaan hujan lebat. Memang sepanjang saya berada di Scotland, sehari je tak hujan, lain hujan dan gloomy. Redha aje la. Bak kawan saya kat Malaysia cakap, kau duk mengeluh pasal cuaca ni, kau tau kuasa siapa? Ok mak insoff nak *bentang sejadah travel kecik*.

Keluar dari airport ambil bus ke city centre. £4 one way, £7 return, tiket boleh beli kat driver terus.
Dalam bas ada wifi dan masa ke city centre adalah 30 minit.



Ya ampunnnn, Edinburgh town so hilly, berbukit bukit, kalau tak panjat bukit, kena naik tangga tinggi. Memang exercise bontot kaw2 kat sana. Bus turunkan depan Waverly station, ha pastu menggagau la cari hostel, ok idokla gagau sangat sebab boleh buka data plan. No need roaming,
plus point la kat situ. Omaigosh, dengan backpack dah berat kena jalan naik bukit sikit, pastu panjat tangga pulak!



Kat area ni la diberhentikan,  kena naik bukit kat depan tu
Dalam gambar nampak rata je kan tapi berbukit sebenarnya



Then panjat tangga pulak

Actually boleh jugak lalu bridge tapi first time sampai jadi blur. Saya stayed dekat Royal Mile
Backpacker, 10 bed female dorm. Sangat puas hati dengan katil dia, sturdy so orang atas panjat
tak berbunyi dan tilam pun quite fluffy la bagi standard hostel. Bantal dapat 2 biji.

My dorm, nama Little Miss
yang lain nama Star wars la etc


I was assigned to this bed, katil pun ada nama tauuu
Little Miss Naughty uolsss, kau hade? hiks
Lain Little Miss chatterbox, late, wise etc



Puas hati compared hostel2 yang penah saya stay


Sampai2 tu saya rest je dulu, tengok makcik katil sebelah pun kamain lagi tidur. Since gelap pukul 9 malam kan, keluar lewat pun takde masalah. Plan haritu just jalan ke Edinburgh castle je, lebih kurang 1km dari hostel. On the way tu, lalu banyak building. Macam cerita lama2, bangunan tua. However totap berbukit dan pebbled road.


Gereja asalnye, tapi dalam tu ada jualan2























 Pemandangan dari atas bukit Edinburgh Castle








Sebab tak gelap lagi, dengan gigih saya mendaki Carlton Park. Again kena naik tangga2.



Dari bawah




Dah,jom naik tangga



Dah naik bukit, kena lagi naik bukit ye














National Monument of Scotland


Pemandangan dari Carlton Hill, tapi tak la tinggi sangat


But kalau dari Arthur's seat ni, memang orang cakap view superb!
Plan nak hike 

Turun balik, rayau2 kejap sampai dah nak gelap baru balik hostel











Next day saya ikut tour yang sejauh  550km meliputi Loch Lomond, The Highlands, Lochness etc. Berenti dulu entry ni akan disambung kemudian yang entah bila. By the time entry ni dipublish
kurang dari 24 jam saya akan travel ke trip yang digelar Mediterranean Trip (sangattt). Pastu information pasal Scotland pun dah lupa hihihi takpe google kan ado. Bye.

Au Revoir