Friday, May 15, 2015

Berlibur di Kota Amsterdam


Hi

Dah berkemas kemas, babai2 dengan host saya pun keluar
meninggalkan rumah, barulah nak ambil gambar Almere
Almere kawasan baharu untuk tujuan perindustrian







Kat sini ada kedai halal jual kapsalon
alaa lupa laaa sebab sibuk sangat nak gi Amsterdam


pic googled
Kapsalon makanan Dutch, ada fries kat bawah
then shawarma meat and melted gouda cheese
then tabur sayur, mayonis and sauce

Beli tiket untuk pergi Amsterdam
Netherlands (generally) Amsterdam (specifically) ni satu je untuk pelancong
transportation tak integrated, setiap satu dimiliki syarikat
yang berlainan, kena beli pass asing-asing
Contoh untuk intercity/regional train under NS company
beli tiket kat machine, boleh guna coins aje, notes tak terima
Kalau nak beli kat kaunter tambahan 1 Euro dikenakan
Let say Almere - Amsterdam Centraal harga Euro 5,10 
kalau beli kat kaunter jadi Euro 6,10.
Bus pulak under Connexxion, GVB dan EBS
Tram under GVB.. pass GVB hanya utk GVB nye transportation je
Unlike Oyster card London taram je underground, overground, bus
tram janji bukan taxi. Even card dah separuh nyawa pun duit dalam tu
dia boleh tolak lagi jadi negatif
Kalau stay lama boleh pakai OV chipkaard tapi renyah laa
Kad harga 7,50 Euro, nak beli intercity ticket kena make sure
at least 20 Euro dalam kad tu
Mungkin diorang nak galakkan untuk jalan kaki atau berbasikal kot


Mulanya nak jalan kaki je within Amsterdam
tapi tengok map boleh tahan jugak hostel dengan centraal
So saya beli GVB pass, Euro 7,50 utk 24 jam



Sori gelap
Platform tram gini je sebelah2


Nak masuk kena touch pass, nak keluar pun sama



Keadaan dalam tram

Hostel saya terletak di Leidesplein, area Hard Rock Cafe
I booked 10 beds female dorm

Hostel sebelah coffee shop
hahaha kau rasa??


Tempat lepak2
harga 16,50 Euro per night incl tax (with breakfast)
ada lagi hostel lg murah tp tengah2 red light district
dan takde dorm untuk female aje, semua mix
eiiii tak sanggup iols!



Check in pukul 3 ptg, lambat lagi
so saya mintak diorang simpan backpack saya dalam
storage dulu and will come back later
*mintak map dan suggestions sekali mana nak pergi
they were really thrilled that I'm from Malaysia (diorang pun Muslim)
Katanya ramai sungguh Malaysian dtg melencong melancong
semalam pun ada solo female traveler dr Malaysia check out


Basically ni la dorm nya, termasuk saya 4 orang je stay
Katil belah kanan tu gadis2 dari Switzerland
Eh eh diorang plak interview saya macam2  haha
En suite bathroom, kecik aje

Sebelum check in saya bergerak ke Museumplein, ada Rijkmuseum
dan Van Gogh museum, setakat ambil2 gambar luar je..
traveler marhaen mana cukup duit hahaha
Rijkmuseum terkenal dengan word Iamsterdam
Tapi mustahil nak dapat gambar kosong, semedang penuh orang














Cuaca mendung, kalau ikut weather forecast, akan ada hujan beberapa jam




Cantik,angin agak kencang tp masih selamber 
lepak bawah  pokok. petals sakura tu berterbangan
feeling2 princess kejap hahaha


Bangunan apa pun taktau
amik je gambo



Ini plak musem Van Gogh
tengok ramainya beratur nak masuk dalam
Kesian Van Gogh, dah mati baru dihargai :(



Atas bukit ni pun orang melepak



Setiap penduduk memiliki sekurang kurangnya 1 basikal






Mode of transportation dalam Amsterdam utk local adalah basikal
kemungkinan utk accident dgn basikal adalah tinggi berbanding kenderaan lain
tapi cutenya basikal bawak anak tu!!

Next destination, Albert Cuypmarket!
Dah sampai  tu hujan selebat lebatnya, tumpang berteduh
di bawah satu payung besar luar pub..and then ada mamat dutch
join sekali
Terus mintak recommendation mana kedai ikan herring yang best,
dia ada sebut la 3 block lagi gitu gini
*rakyat Netherlands boleh bertutur at least 2 bahasa

Selepas hujan


Ini kedainya!



Menu dan harga



yang ni mcm smoked fish



yang ni raw




and this is mine!
ikan herring mmg tak dimasak langsung
mentah sementah mentahnya
agak yuck la taste dia tp demi
merasai makanan kebangsaan dan harga 3 euro ku gagahi jua
macam masuk fear factor rasa 
terkulat kulat menelan

Lupa nak cerita another makanan kebangsaan dlm post lepas
Stroopwaffle, waffle bulat Dutch


Kalau kat Zaanse Schans, diorang jual dalam tin cantik2
tapi too sweets for my liking
I'm sweet enough to eat sweet foods
Matiklahhh masuk bakul

Seriously banyak fabric cantik2 dijual kat Albert Cuypmarket
sangat cantik! even yang macam dijual kat pentas runway pun ada
pelbagai laces etc, haihh mujur takde duit
Saya beli magnet aje la situ, 6 pieces for 10 Euro, mahallll
dah alang2 lalu baik beli takut nanti takde kesempatan dah

Kembali ke hostel untuk check in dan meluruskan pinggang
Kemudian keluar ke Dam Square naik tram untuk melawat kawasan





Jatuh ke atau sengaja park mcm ni?



Dam Square



Madame Tussaud, tak masuk pun



remind me of my son, suka kejar pigeons


tempat kejadian semalam




classic tram



Royal palace

Saya berjalan ke Damraak Street, sini banyak restaurant halal
tapi saya tak makan lah dek tekak masih loya
Pergi souvenir shop beli magnet lagi, aduhh magnet Netherlands
cantik2








haha ini kat kedai souvenir, ada ke yang beli?
dah la mahal






Balik ke Dam Square tiba2 ada  truck tentera
bila masa korang letak?


Wahh lenguh la tangan, sambung nanti la ye
(Anne Frank's house, canals, red light district, Chinatown)

To be continued.. 















Thursday, May 14, 2015

Meneroka Edam, Zaanse Schans dan Liberation Day

Hi

Tajuk tak boleh belah, meneroka gitu. I'm considered myself as traveler not tourist
Traveler, you feel and explore (almost) everything unlike tourist just been there done that, shopping,
ambil gambar and that's it..

My day 2 in Holland
Saya keluar rumah pukul 10 pagi dan menuju ke Amsterdam Central.
I bought Amsterdam & Region Day ticket cost euro 13.50. Boleh naik any transportation
dalam Amsterdam dan only bus to some places outside Amsterdam namely Edam, Volendam, Marken,
Monickendam (sp?), Haarlem, Zaanse Schans and some beaches. Banyak kan boleh pergi?
But there's a catch, nanti cerita along this post





Luar Amsterdam Central


Boleh beli tiket kat sini
100m jalan depan Amsterdam Central
Dapat peta yang sangat lengkap, siap dgn nombor bus



Saya plan ke bhgn paling atas dulu baru turun ke bawah
So first destination was Edam

Perjalanan ambil masa selama 45 minit!
Saya yang tak study pasal attractions kat tempat2
memang agak lost, I was walking very very far!


Cantikkan, saya tengok ada yang buat tempat minum tepi canal
dan ada yang memiliki bot





Banyak jambatan kat Edam






Gouda cheese, terkenal dan mahal
tapi malangnya perut dan tekak Melayu saya tak boleh terima cheese
dek dairy intolerance, sikit2 ok la

















Ada sign ke arah Edam fortress, an UNESCO Site
punya la happy saya dapat pergi another UNESCO site
menapak punya la jauh, dari town lalu ke rumah2 semi d orang
I think ada la 3km kot?!
Sekali tutup okkk!!
Arghhh, mencerca aku disitu dengan lenguh kaki lagi


!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Argh lantak, utk pulang ke town (straight je pun)
Saya malas nak jalan
so alang2 dekat kawasan perumahan
Saya pun




pic googled
hitchhiking!!!
mujur couple grandpa and granny berhenti dan tumpangkan
saya merempan pasal fort tu tutup
diorang cakap ada date2 tertentu je bukak
motif???





Tengah hari rembang dah time tu, saya plan ke Volendam lah pulok
Tapi saya terlepas jalan sampai ke mana hala pun ntahla
Berpusing2 dalam bas tu hahaha
So buat keputusan balik ke Amsterdam Central dan pergi ke Zaanse Schans



Kesemua windmill adalah original dari tahun 18++
dan masih boleh berfungsi










































Boleh stay lama lagi utk tengok proses buat clogs but
I was really hungry, perut desa mintak nasi
Balik ke Amsterdam lah gitu
Cari cafe Iboenda, ownernya Indonesian Muslim
Therefore no nasi goreng babi ya

*banyakkkk sgt Restoren Indonesia berserta orangnya
sangat ramai di Netherlands, well talking about Dutch settlement
in Indonesia kannn

Dari Amsterdam Central, saya ambil tram no 5..turun kat mana tak ingat
sebab tram stop terlalu banyak


Pilihan lauk

Sayuran dan jenis2 nasi and mee


Pemandangan luar



Mondaag Menu atau Monday Menu
so untuk Monday harga Euro 7
Boleh pilih 2 jenis protein dan 2 jenis sayur
Tuesday menu 8 Euro, dia akan tambah telur
Wednesday, Thursday and so on mcm lain pulak kekdahnye
Sebab hari ni dah makan nasi mcm buruh paksa
so esok boleh skip, try benda lain

Dah alang2 dekat Amsterdam, saya pergi ke Dam Square 
konon utk menyambut Liberation Day
Istimewanya Liberation Day ni disambut setiap tahun
tapi cuti utk public holiday untuk LD ni diberi 5 tahun sekali
untuk esok harinya
Setiap 5 tahun sekali LD dipanggil National Day
hahaha  boleh gitu? Kalau lah Hari Merdeka diberi cuti
5 tahun sekali apa perasaan rakyat Malaysia agaknya..






Permaisuri Holland




Gorgeous!



Gantung garland


Actually saya berdiri 100m je dari tempat kejadian tapi tak boleh
kedepan sebab terlalu ramai, nasib baik dia pasang big screen
Pukul 8 malam, silence selama 2 minit bagi memperingati mereka
yang terkorban
Semalamnya host saya cakap even tengah drive pun kena berhenti sekejap
Saya diam tapi sambil mengambil video ^_^
Suasana yang kecoh bising2 terus senyap sepi selama 2 minit

Pukul 9 mlm gitu saya pulang ke rumah host
Menapak tak ketahuan hala cari Amsterdam Central untuk ambil
intercity train, punca tak ketahuan tu sebab ramai sgt orang
Pukul 10 lebih sampai rumah host, spent some time with her
chatting
Esoknya saya dah nak keluar untuk tinggal di hostel pula (Amsterdam)
tak baikkan menumpang rumah orang lama2, free pulak 
tak sedap lah 

*about the pass I bought, patut la murah sebab naik bas akan memakan
at least 40 minutes for every journey, you takkan dapat cover semua dalam satu hari
there's no such thing as 48,72 hour pass utk Amsterdam& Region pass
untuk pass jenis lain ada tp tak cover other regions.. 
I think kalau ada masa lebih boleh beli 2 keping
pass tu guna dua hari

To be continued